Anda di sini
Laman Utama > Berita > Faisal Halim kekal, Shah digugurkan.

Faisal Halim kekal, Shah digugurkan.

Pemain sayap muda, Mohd Faisal Abdul Halim menjadi pemain tunggal pasukan Pahang FC menjadi pilihan Ketua Jurulatih Bawah 22 tahun negaram, Frank Bernhardt untuk menghadapi kejohanan bolasepak Nations Cup 2016 di Melaka dari 3 hingga 5 Jun ini demikian umum Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam laman webnya semalam.

Faisal antara 27 pemain yang terpilih daripada 33 pemain yang telah menyertai latihan pusat dari 26 Mei hingga 28 Mei lepas setelah saingan Liga Malaysia berehat sebentar daripada berlangsung.

2
Shah Amirul

Daripada senarai pelatih, 6 pemain telah digugurkan termasuk seorang lagi pemain Pahang FC, Mohamad Shah Amirul yang telah disahkan mengalami kecederaan lutut ketika sesi latihan pusat ini berlangsung.

“Kami ada sedikit kejutan di mana Farhan Roslan telah disahkan pulih daripada kecederaan pangkal paha oleh fisio pasukan manakala Shah Amirul pula mengalami kecederaan lutut. Kami turut menerima laporan bahawa Shah tidak dapat beraksi sekurang-kurangnya untuk tempoh dua minggu.

“Saya menaruh kepercayaan terhadap semua pemain saya dan saya lihat mereka mempunyai kualiti yang baik. Namun, saya perlu katakan di sini bahawa kami telah mengadakan banyak latihan pusat dan kami perlu mengulang semula latihan dari aspek taktikal bagi membolehkan pemain kembali serasi dengan corak permainan yang kami mahukan.

“Objektif kami bagi kejohanan ini ialah untuk menang. Bagaimanapun, kami perlu pastikan integrasi pemain-pemain baharu ke dalam pasukan berjalan lancar untuk memperolehi gambaran yang lebih jelas mengenai kesebelasan terbaik.”

Malaysia akan menyertai kejohanan empat penjuru itu yang bakal dilangsungkan di Stadium Hang Jebat di Melaka di mana pasukan Malaysia B-21 akan menentang pasukan Singapura B-21 manakala untuk perlawanan lain Thailand B-21 dan Vietnam B-21 akan bertemu sesama mereka.

Pemenang untuk kedua-dua perlawanan akan bertemu dalam perlawanan akhir yang dijangka berlangsung pada 5 Jun 2016 juga di venue yang sama.

Nation Cups

mrcipizs
MyPassion with MyStyle..

Leave a Reply

Top