Anda di sini
Laman Utama > Berita > Pahang FC diundi dalam kumpulan B

Pahang FC diundi dalam kumpulan B

Ranjauan sukar bakal menanti Pahang FC apabila menghuni kumpulan B bersama Juara bertahan, Selangor dalam undian TM Piala Malaysia 2016 yang dijalankan secara langsung di Sri Pentas, Bandar Utama sebentar tadi.

Selain Selangor, turut menghuni kumpulan B ialah satu lagi pasukan dari Pantai Timur, Kelantan dan juga Kuala Lumpur yang kembali menwarnai Piala Malaysia setelah lama ‘berehat, beberapa tahun.

FB_IMG_1464018698230

Pahang FC yang layak ke TM Piala Malaysia setelah berjaya mencuri slot terakhir dalam perlawanan ke 11 Liga Super walaupun tewas menentang JDT I 0-6 dalam perlawanan tersebut setelah Pulau Pinang juga tewas pada Felda United.

Mengikut format baru, perlawanan pertama TM Piala Malaysia akan diadakan selepas Hari Raya Aidilfitri dan akan dijalankan secara serentak dengan Liga Super dan 100plus Liga Premier.

Berikut adalah keputusan undian yang dijalankan sebentar tadi :

Kumpulan A
TTeam
Kedah
Sarawak
JDT II

Kumpulan B
Selangor
Kelantan
Pahang FC
Kuala Lumpur

Kumpulan C
JDT I
PDRM
Perak
PKNS FC

Kumpulan D
Felda United
Terengganu
Melaka United
Negeri Sembilan

mrcipizs
MyPassion with MyStyle..

One thought on “Pahang FC diundi dalam kumpulan B

Leave a Reply

Top