Anda di sini
Laman Utama > Berita > JDT I malukan Pahang FC di halaman sendiri.

JDT I malukan Pahang FC di halaman sendiri.

 

wp-1463845663978.jpg

JDT akhirnya berjaya memecahkan badi gagal menang di Stadium Darulmakmur apabila membelasah Pahang FC dengan keputusan 6-0 dalam aksi Liga Super yang memasuki pusingan kedua dengan pemain import dari Argentina, Pareyra Diaz menjaringkan hatrik sebentar tadi.

Razip Ismail mengubah sedikit taktikal berbanding kekalahan di Larkin Rabu lepas apabila menyenaraikan kembali German Pacheco manakala Rizua Syafiqi menggantikan Salomon Raj yang digantung perlawanan.

Gawang Pahang bolos seawal minit ke 6 hasil dari serangan balas setelah Lacero menanduk hantaran lintang dari Mahali menewaskan Nasril.

 

wp-1463845673472.jpg

Pahang FC yang tersentak dengan gol tersebut cuba mendapatkan gol pernyamaan tetapi gagal malahan kehilangan penyerang import Dalibor Volas yang cedera setelah bertembung dengan penjaga gol JDT Izham Tarmizi.

Sebaliknya, JDT menambah derita Pahang FC apabila menambah dua gol sebelum tamat separuh masa kedua masing-masing pada minit ke 29 dan 33 melalui Diaz dan Antonio.

Bersambung babak kedua, JDT tidak menunggu lama untuk menjadikan kedudukan 4 gol tanpa balas melalui Lucero yang melakukan rembatan dari luar kotak penalti Pahang.

 

Nasril Nourdin kemudiannya tewas lagi setelah Diaz menambah koleksi gol keduanya pada perlawanan tersebut dengan melakukan larian solo dari tengah padang yang gagal dihalang oleh pertahanan Pahang FC.

wp-1463845669091.jpg

Diaz kemudiannya melengkapkan hatriknya pada minit ke 76 hasil dari sepakan penjuru untuk memalukan Pahang FC dihadapan penyokong sendiri dengan keputusan penuh 6 gol tanpa balas.

Pahang FC : Nasril Nourdin (PG), Nejc Potokar, Saifulnizam Miswan, Matthew Davies (K), Shahrizan Salleh, German Pacheco, Zeshan Rehman, Rizua Shafiqi, Fauzi Roslan (Mohd Faisal Abdul Halim), D Saarvindran, Dalibor Volas (Mohd Faizal Mat Rani).

JDT : Izham Tarmizi (PG), Muhd Fazly Mazlan (Amer Saidin), Mahali Jasuli, Amirul Hadi Zainal, Marcos Antonio (Hariss Harun), Aidil Zafuan (K), Jorge Pereyra Díaz (Safee Sali), Juan Martin Lucero, Amri Yahyah, Jazarin Jamaluddin, Gary Steven Robart

Keputusan lain :

Perak 0-3 Sarawak
Terengganu 2-1 TTeam FC
Felda United 2-2 Pulau Pinang
PDRM 1-1 Kedah
Kelantan 2-5 Selangor

mrcipizs
MyPassion with MyStyle..

One thought on “JDT I malukan Pahang FC di halaman sendiri.

Leave a Reply

Top