Anda di sini
Laman Utama > Berita > Pahang FC bukan tandingan JDT I

Pahang FC bukan tandingan JDT I

PFCvJDT

Hasrat Pahang FC untuk melakukan kejutan ke atas pasukan berstatus bintang, JDT I di tempat lawan tidak kesampaian apabila tewas 0-3 dalam aksi terakhir pusingan pertama Liga Super Malaysia di Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunus, Larkin malam tadi.

Ketua Jurulatih Pahang FC, Razip Ismail tampak melakukan taktikal berbeza daripada perlawanan sebelum ini apabila merehatkan pemain import sensasi dari Argentina, German Pacheco dengan Dalibor Volas menggalas tugas sebagai penyerang tunggal dengan dibantu oleh Fauzi Rozlan dan R Saarvindran.

Pahang FC bermain baik dan berjaya mengekalkan taktikal disiplin bertahan yang di aturkan Razip sehingga berjaya mengikat kedudukan tanpa jaringan sehingga tamat separuh masa pertama.

PFCvJDT 3

Salomon Raj nyaris memberi Pahang FC gol setelah tendangan percuma dari jarak 40 meter nyaris menewaskan Farizal tetapi penjaga gol kebangsaan itu sempat menguis bola keluar melepasi palang.

Peluang terbaik lain yang dimiliki Pahang FC ialah melalui Dalibor Volas yang menerima hantaran dari Helmi namun tendangannya melepasi melambung dan gagal menepati sasaran.

Bersambung babak kedua, Juara baru Piala FA itu menggandakan asakan dan berjaya memperolehi gol pertama pada minit 55 setelah Amri Yahya bijak membuat hantaran cut back dari sebelah kanan gawang Pahang FC dan menemui Amirul Hadi yang tidak dikawal di dalam kotak penalti yang mudah menolak masuk tewaskan Nasril Nourdin.

Bersemangat dengan jaringan pendahuluan itu, JDT terus garang mengatur serangan dan berjaya mendapatkan gol dalam tempoh 3 minit kedua-duanya dari penyerang import Argentina, Juan Martin Lacero hasil sepakan penalti oleh Lacero setelah Amri dijatuhkan oleh Nasril dan menyambut hantaran lintang Amirul dari kiri gawang Pahang FC.

PFCvJDT 2

Melihat kepada barisan serangan yang tidak bermaya, Razip memasukkan Pacheco menggantikan Helmi dan keputusan itu berjaya mengubah corak permainan Pahang FC yang lebih menyerang dan mengancam kubu JDT yang diketuai oleh Antonio namum masih gagal menghasilkan jaringan yang diharapkan walaupun Zeshan Rehman berjaya menemui jaringan tetapi dibatalkan pengadil kerana beliau terlebih dahulu offside.

Keputusan 3-0 kekal sehingga tamat perlawanan dengan JDT kekal di tangga kedua di belakang Felda United manakala Pahang FC berjaya layak ke Piala Malaysia walaupun tewas setelah menduduki tangga ke 11 apabila Pulau Pinang tewas ditangan Felda United di Stadium Bandaraya.

Foto : FB Pahang FC

JDT :  Farizal Marlias (PG), Azammuddin Akil (S. Chanturu), Amirul Hadi Zainal, Marcos Antonio, Aidil Zafuan (K), Jorge Pereyra Díaz, S. Kunanlan, Hariss Harun, Fazly Mazlan, Juan Martin Lucero (Safee Sali), Azinee Taib (Amri Yahyah)

Pahang FC : Nasril Nourdin (PG), Nejc Potokar, Saifulnizam Miswan, Matthew Davies (K), Shahrizan Salleh, Muhammad Helmi Abdullah (German Pacheco), Zeshan Rehman, Salomon Raj, Fauzi Roslan (Mohd Faizal Mat Rani), D Saarvindran (Shah Amirul Mohd Zamri), Dalibor Volas.

Keputusan lain :

Selangor 0-0 Kelantan

Pulau Pinang 0-2 Felda Utd

Sarawak 3-2 Perak TBG

Terengganu 0-0 TTeam FC

Kedah 2-0 PDRM

 

mrcipizs
MyPassion with MyStyle..

One thought on “Pahang FC bukan tandingan JDT I

Leave a Reply

Top