Anda di sini
Laman Utama > Berita > 2 pemain Pahang FC galas tugas negara

2 pemain Pahang FC galas tugas negara

Hanya dua pemain Pahang FC (PFC) yang menjadi pilihan dua jurulatih negara untuk menggalaskan tugas dalam aksi pasukan masing-masing yang akan bermula hujung bulan ini lapor laman web rasmi Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pada hari ini dan semalam.

Tiada nama baru dari PFC yang menjadi pemain tambahan untuk skuad Dato’ Ong Kim Swee dengan Matthew Davies kekal sebagai wakil tunggal semasa pengumuman senarai nama 25 pemain bagi membarisi skuad Harimau Malaysia menghadapi Myanmar untuk perlawanan antarabangsa “A” di Yangon, 28 Mei ini dan dua perlawanan Play-off 1 Kelayakan Piala Asia 2019 menentang Timor-Leste di Larkin, 2 dan 6 Jun ini.

52
Matthew Davies

Ketua Pasukan PFC yang sudah menjadi pemain tetap yang dipanggil negara dikehendaki melapor diri untuk latihan pusat di Wisma FAM, Kelana Jaya pada Ahad ini setelah selesai perlawanan terakhir Liga Super menentang JDT sebelum berhenti rehat untuk menghadapi Ramadhan dan juga tugasan negara.

Skuad Harimau Malaysia akan berlepas ke Yangon, Myanmar pada Jumaat, 27 Mei, jam 10.05 pagi untuk perlawanan menentang Myanmar di Stadium Thuwunna, jam 6 petang (7.30 malam waktu Malaysia) pada Sabtu, 28 Mei dan akan berkampung di Johor Bahru untuk perlawanan kelayakan Piala Asia.

Sementara itu, pemain tengah PFC, Shah Amirul Mohd Zamri dipanggil Ketua Jurulatih skuad B-22 negara, Frank Bernhardt untuk memperkuatkan pasukan itu bagi bagi menghadiri sesi latihan pusat untuk menghadapi kejohanan Nations Cup 2016 dan juga kem latihan luar negara di Chiba, Jepun.

Shah amirul
Shah Amirul Mohd Zamri

Untuk itu, Shah Amirul dan 23 pemain lain dikehendaki melaporkan diri untuk latihan pusat di Wisma FAM, Kelana Jaya bermula Isnin depan (23 Mei) dan mereka kemudiannya akan bertolak ke Melaka pada Ahad, 29 Mei  bagi menghadapi kejohanan Nations Cup 2016 dengan membuka tirai kejohanan menentang pasukan Singapura bawah 21 tahun pada 3 Jun ini.

Seterusnya, skuad Projek Sukan SEA 2017 akan berlepas ke Chiba, Jepun pada 9 Jun untuk menjalani kem latihan luar negara sehingga 28 Jun dan dijadual menghadapi beberapa siri perlawanan persahabatan.

Sebelum ini, Bernhardt ada memanggil 3 pemain PFC yang lain iaitu Amshar, Nik Shariff dan Faisal Halim tetapi mereka nampaknya gagal memikat beliau untuk dipilih.

Foto : SLP Studio

mrcipizs
MyPassion with MyStyle..

One thought on “2 pemain Pahang FC galas tugas negara

Leave a Reply

Top