Anda di sini
Laman Utama > 100plus Liga Premier > [PREVIEW Matchday #11] 2, 1 atau tiada slot?

[PREVIEW Matchday #11] 2, 1 atau tiada slot?

PM Layak-02

Perjalanan liga bagi aksi di Liga Premier dan Liga Super bakal menamatkan pusingan pertama pada Selasa dan Rabu ini di mana baki 3 lagi tiket ke Piala Malaysia bakal direbut oleh 6 buah pasukan iaitu Kuantan FA, DRB Hicom, PKNS FC, Pahang, Pulau Pinang, dan Sarawak untuk melengkapkan cabaran 16 buah pasukan yang bakal membuat perhitungan bermula Julai nanti.

#11 vs JDT II web

Kuantan FA terlebih dahulu akan menamatkan aksi pusingan pertama apabila dijadualkan bertemu pasukan JDT II di Stadium Darul Makmur, Kuantan, Selasa ini. 3 mata dan kemenangan dengan kelebihan 3 jaringan pasti menjadi agenda utama skuad The Seagulls bagi mencerahkan peluang menempatkan pasukan dalam kedudukan 5 terbaik Liga Premier. Namun begitu, misi ini akan menjadi realiti sekiranya keputusan perlawanan melibatkan pasukan DRB Hicom dan PKNS FC berakhir dengan kedua-dua pasukan sekadar berkongsi mata.

#11 vs JDT web

Lain pula situasi yang bakal dihadapi oleh bekas juara Piala Malaysia musim 2013 dan 2014 ini apabila turut berhadapan risiko dari tersisih dalam merebut kejuaraan piala yang berprestij ini. Meskipun berada pada kedudukan ke-10 Liga Super dengan mengumpul 9 mata (perbezaan gol -8), aksi terakhir pada Rabu ini di Larkin pasti menjanjikan cabaran yang berat apabila bertemu dengan pasukan yang baharu sahaja dinobat sebagai juara Piala FA Sabtu lalu. Selain berbekalkan motivasi yang jitu, skuad Harimau Selatan sudah pasti mahu mengekalkan rekod bersih di gelanggang sendiri sambil tidak rela dari keciciran mata untuk terus menghambat pasukan Felda United di persada liga.

Situasi ini bakal bertambah parah sekiranya dua lagi pasukan yang berada di tanggan ke-11 dan ke-12 liga (Pulau Pinang dan Sarawak) menang dalam aksi terakhir di gelanggang sendiri nanti. Untuk rekod, Sarawak dan Pulau Pinang turut mengumpul 6 mata selepas 10 perlawanan liga dan akan menyamai kutipan mata dengan pasukan Pahang (9 mata) sekiranya menang pada aksi ke-11.

Sarawak bakal berhadapan Perak di Kuching, manakala Pulau Pinang bertemu Felda United di Bandaraya dan sekiranya skuad Bujang Senang dan skuad The Panthers ini menang (perbezaan gol -9 bagi Sarawak dan -4 untuk Pulau Pinang), ia pasti memberikan kelebihan kepada pasukan Sarawak dan Pulau Pinang untuk layak ke Piala Malaysia musim ini.

Secara kesimpulannya, situasi mungkin agak complicated buat skuad Kuantan FA Selasa ini kerana selain dari kemenangan dengan margin 3 gol, pasukan ini harus terlebih dahulu perlu mendapat perkhabaran yang positif pada pertemuan antara DRB Hicom dan PKNS FC. Bagi skuad Tok Gajah pula, mereka perlu sekurang-kurangnya mengikat kedudukan di Larkin bagi mencetak tiket ke Piala Malaysia edisi ke-90 tanpa mengharapkan apa-apa keputusan di lain-lain venue.

Selamat berjuang buat kedua-dua pasukan. Peluang masih ada. Tiada yang mustahil dalam bola sepak. Doa dan harapan masih bersama anda!

Oesandro
[ "There's football adrenaline inside circulatory system of my body hence rush my passion in synthesizing the local football scene" ] -Follow @oesandro25 (Twitter)-

Leave a Reply

Top