Anda di sini
Laman Utama > Berita > 3 perlawanan Pahang B21 ditunda

3 perlawanan Pahang B21 ditunda

Cover Piala President2-01

3 perlawanan yang membabitkan skuad Piala Presiden Skuad Pahang B21 yang sepatutnya dilangsungkan pada bulan ini telah ditunda ke tarikh baru mengikut perkembangan terkini yang disampaikan oleh Jurulatih Piala Presiden Pahang, Shahrulnizam Sahat kepada tokgajah.com sebentar tadi.

Menurut Shahrulnizam, penundaan ini adalah permohonan dari Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) sendiri kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk pemulihan psikologi disebabkan rombongan pasukan Piala Presiden telah terbabit dalam kemalangan pada 11 Mei baru-baru ini di Kuala Lumpur.

Perlawanan yang terbabit dalam penundaan ialah menentang Sabah B21 (12 Mei) dan P.Pinang B21 (19 Mei) di tempat lawan dan juga menentang Selangor B21 (16 Mei) yang sepatutnya berlangsung di tempat sendiri.

Tarikh-tarikh baru untuk perlawanan tersebut ialah menentang Sabah B21 pada 2 Jun, Selangor B21 (15 Ogos) dan Pulau Pinang B21 (23 Mei) dengan masa dan venue perlawanan masih kekal dengan jadual terdahulu.

Pada 11 Mei lepas, van yang dinaiki pemain-pemain Piala Presiden telah terbabit dalam kemalangan di Lebuhraya KESAS ketika dalam perjalanan ke KLIA2 untuk mengambil penerbangan jam 7 pagi ke Kota Kinabalu.

 

Dalam kemalangan yang berlaku pada jam 3 pagi dalam keadaan hujan lebat, pemandu dan dua penumpang cedera parah manakala penumpang yang lain hanya mengalami cedera ringan.

Kemalangan tersebut menyebabkan perlawanan menentang Sabah B21 yang sepatutnya berlangsung keesokkan harinya dibatalkan.

mrcipizs
MyPassion with MyStyle..

Leave a Reply

Top