Anda di sini
Laman Utama > Artikel > [REVIEW] Perjalanan Separuh Liga: Antara Gol & Bolos

[REVIEW] Perjalanan Separuh Liga: Antara Gol & Bolos

83

10 perlawanan, 23 gol yang dilepaskan, 15 jaringan, -8 jumlah perbezaan gol dan mengumpul 9 mata dalam Liga Super ketika ini mungkin satu angka yang kurang menyenangkan bukan sahaja buat kem pasukan Pahang, malah buat penyokong setianya selepas disajikan dengan angka yang begitu memberangsangkan selepas 10 perlawanan musim-musim terdahulu. Artikel ini bertujuan melihat prestasi skuad Tok Gajah selepas melalui hampir separuh perjalanan liga di mana terdapat angka kejutan yang dilakar pasukan ini seterusnya menceritakan satu penanda aras baharu yang boleh dijadikan panduan dalam mengangkasakan pasukan yang pernah dilabel Gergasi Pantai Timur ini ke satu standard yang lebih baik nanti.

Jumlah bolos:

Selepas 10 perlawanan liga, skuad Tok Gajah dibolosi dengan 23 jaringan sekaligus meletakkan Pahang antara pasukan yang paling banyak dibolosi setakat ini. Bukan itu sahaja, jumlah bolos yang besar ini sudah pun menjangkaui jumlah bolos pasukan PKNS dan Pulau Pinang selepas 22 perlawanan Liga Premier musim lalu. Ironinya, jumlah bolos selepas 10 perlawanan liga pada musim 2013, 2014 dan 2015 adalah jauh lebih rendah berbanding musim ini.

Jumlah bolos untuk 4 musim selepas 10 perlawanan Liga Super.

Graf seperti di atas mengariskan beberapa penemuan berdasarkan statistik jumlah gol yang dilepaskan berpandukan 3 tahun sebelum ini.  Purata jumlah bolos yang dicatatkan 3 tahun sebelum ini (selepas 10 perlawanan) adalah sebanyak 11 gol (2013-15 gol, 2014-11 gol dan 2015-8 gol). Manakala purata bolos selepas 22 perlawanan liga untuk 3 musim sebelum ini adalah 30.3 gol. Melihat akan purata bolos ini, jumlah bolos setakat ini iaitu sebanyak 23 gol (10 perlawanan) adalah hampir 76% menyamai purata bolos (30.3 gol) selepas 22 perlawanan (tamat keseluruhan perlawanan liga).

Selain itu, 8 gol dari 23 gol (35%) yang dilepaskan setakat 10 perlawanan musim ini adalah berpunca dari set pieces pasukan lawan. Selain goals conceded yang berpunca dari sepakan penjuru, sepakan percuma dan lontaran ke dalam, statistik ini turut mengambil kira set pieces yang berpunca dari 2 sepakan penalti yang disempurnakan oleh Ashfaq Ali (PDRM) dan Blazhe Ilioski (Kelantan) di Kuantan tempoh hari. Selebihnya, iaitu 65% merupakan gol yang berpunca dari build up attack/open play pasukan lawan.

Strike force:

Disebalik kerisauan mengenai angka yang dibincangkan seperti di atas, keupayaan strike force skuad Tok Gajah dalam mencipta jaringan sewajarnya diberikan pujian. Musim ini menyaksikan 15 gol telah dihasilkan selepas 10 perlawanan di mana angka ini telah menjangkaui jumlah jaringan musim lalu iaitu 13 gol. Begitu juga keupayaan pemain tempatan dalam menyumbangkan gol buat pasukan.

Musim ini turut melihatkan penambahan pemain tempatan dalam menjaringkan gol dengan 4 pemain tempatan (Rizua Shafiqi, Faisal Halim, Faisal Rosli dan Salamon Raj) berbanding 2 pemain musim lalu iaitu (Gopinanthan dan Azidan-selepas 10 perlawanan liga). Begitu juga dengan jumlah gol yang dihasilkan oleh dua rangkaian penyerang import Pahang iaitu German Pachecho (5 gol) dan Dalibor Volas (6 gol) yang turut melepasi jumlah gol yang dijaringkan oleh Matias Conti (4 gol) dan Dickson Nwakaeme (2 gol) selepas 10 perlawanan musim 2015.

SmartSelectImage_2016-05-10-21-37-48

Jumlah mata yang berjaya dikutip selepas 10 perlawanan pula turut menunjukkan penurunan di mana 9 mata yang direkodkan adalah dibelakang sebanyak 51.43% untuk menyamai purata jumlah mata selepas 10 perlawanan (17.5 mata) untuk 3 tahun sebelum ini. Untuk rekod, jumlah mata yang dikumpul pada 2015 ialah 20 mata, 2014 (19 mata) dan 2013 dengan 14 mata.

Secara kesimpulannya, 2 penemuan ini bakal mencorakkan perancangan pasukan dalam menghadapi baki 12 perlawanan liga musim ini. Disebalik misi untuk mengejar slot ke Piala Malaysia dengan berbaki satu perlawanan lagi, ada satu lagi misi yang dianggap penting dalam usaha untuk mengekalkan pasukan untuk terus konsisten beraksi dalam liga utama di Malaysia ini.

Berbaki 12 perlawanan dan masih mempunyai peluang menerusi transfer window sekitar bulan Jun nanti, diharap bakal dijadikan medan untuk meletakkan kembali skuad Tok Gajah pada landasannya seperti mana 3 musim sebelum ini. Apa-apapun, skuad yang masih dianggap baharu ini pasti memerlukan masa yang panjang untuk betul-betul matang dalam saingan liga kompetitif. Data dan statistik seperti ini amatlah perlu dan satu kajian bersifat longitudinal harus dijalankan bagi tujuan analisa dan memantau prestasi pasukan baharu ini untuk tahun-tahun berikutnya.

Meskipun terdapat sedikit peningkatan yang berjaya dilakar pada 4 perlawanan terakhir, namun para pemain dituntut untuk terus mengekalkan konsisten dan cabaran yang paling getir untuk mencipta momentum itu pasti akan di uji di Larkin Sabtu ini bagi aksi penutup pusingan pertama Liga Super 2016.

Selamat Berjuang!

 

Oesandro
[ "There's football adrenaline inside circulatory system of my body hence rush my passion in synthesizing the local football scene" ] -Follow @oesandro25 (Twitter)-

One thought on “[REVIEW] Perjalanan Separuh Liga: Antara Gol & Bolos

Leave a Reply

Top