Anda di sini
Laman Utama > Berita > Pahang FC, Kedah sama handal

Pahang FC, Kedah sama handal

wp-1462414881178.jpg

Hajat Pahang FC untuk mengutip mata penuh bagi mengesahkan slot Piala Malaysia lebih awal tidak kesampaian apabila diikat Kedah 1-1 dalam aksi ke 10 Liga Super di Stadium Darulmakmur malam semalam.

Ketua Jurulatih Pahang FC, Razip Ismail kali ini menggandingkan Saifulnizam bersama Potokar yang kembali dari penggantungan di bahagian pertahanan dengan D Saarvindran kembali ke senarai utama dan Shah Amirul yang mengambil tempat Zesh Rehman yang cedera.

wp-1462414848426.jpg

Pahang FC lebih banyak menguasai perlawanan pada babak pertama dengan menggunakan dua pemain sayap walaupun Kedah yang lebih dilihat menguasai bahagian tengah setelah mendapat kembali khidmat Liridon yang digantung perlawanan ketika tewas pada aksi separuh akhir Superbest Power Piala FA di tangan JDT sebelum ini .

Percaturan Tan Cheng Hoe yang memasukkan Ahmad Fakri Saarani menggantikan Abdul Halim Saari semasa perlawanan masuk ke minit 21 nyata berbaloi apabila pemain tersebut menjaringkan gol pendahuluan menerusi tandukan setelah 5 minit dimasukkan berpunca dari sepakan sudut Baddrol Bakhtiar walaupun percubaan pertama Farhan sebelum berjaya ditampan oleh Nasril Nourdin.

wp-1462414927052.jpg

Bersambung babak kedua Pahang terus garang mencari gol pernyamaan dan mendapat beberapa peluang terutama dari rangkaian penyerang mereka Volas-Pacheco tetapi gagal menemui jaringan.

Pacheco bagaimanapun menceriakan penyokong tuan rumah apabila menjaringkan gol pernyamaan pada minit ke 64 setelah merembat bola dari luar kotak penalti mengelirukan penjaga gol Kedah Farhan Abu Bakar.

Pahang FC sepatutunya mampu mengutip mata penuh jika tidak kerana kegopohan penyerang importnya Dalibor Volas yang menendang tinggi bola melepasi gawang walaupun penjaga gol sudah tertewas susulan dari percubaan Muhammad Helmi Abdullah.

Keputusan kekal 1-1 dengan Pahang FC perlu menunggu nasib mereka dalam perlawanan terakhir pusingan pertama menentang JDT pada 18 Mei nanti Larkin untuk menentukan samada layak ke Piala Malaysia atau tidak.

Pahang FC : Nasril Nourdin (PG), Nejc Potokar, Saifulnizam Miswan, Matthew Davies (K), , Faisal Rosli, Shah Amirul Mohd Zamri (Muhammad Helmi Abdulah), Salomon Raj, Fauzi Roslan (Mohd Faizal Mat Rani), D Saarvindran (Shahrizan Salleh), German Pacheco, Dalibor Volas.

Kedah : Muhammad Farhan Abu Bakar (GK), Seungwhan Bang, Osman Yusof, Baddrol Bakhtiar (K), Liridon Krasniqi, Carlos Eduardo De Souza (Mohd Syazwan Zainon), Mohd Rizal Ghazali, Mohamad Amirul Hisyam, Abdul Halim Shaari (Ahmad Fakri Saarani), Muhammad Farhan (Muhammad Syafiq Ahmad), Azmeer Yusof.

Keputusan lain :

Selangor 2-1 TTeam

Felda Utd 2-0 Kelantan

PDRM 2-2 Perak TBG

Terengganu 3-2 Sarawak

 

mrcipizs
MyPassion with MyStyle..

One thought on “Pahang FC, Kedah sama handal

Leave a Reply

Top