Anda di sini
Laman Utama > Berita > Volas antara calon POTM bulan April

Volas antara calon POTM bulan April

April_FbPenyerang import Pahang dari Slovenia Dalibor Volas antara pemain yang tercalon dalam Anugerah Pemain Terbaik Bulanan bagi bulan April 2016.

Anugerah ini yang dianjurkan oleh Persatuan Pemain Profesional Malaysia (PFAM) dengan kerjasama oleh asiana.my dan MVP Sports Agency menawarkan wang tunai RM1,500 serta trofi kepada pemenang.

Pemilihan 5 pemain terbaik dilakukan oleh panel terdiri daripada wakil PFAM, asiana.my, MVP Sports Agency dan pengamal media manakala pemenang akan ditentukan oleh peminat berdasarkan undian yang dijalankan di laman web PFAM.

Sejak liga bermula Februari lalu, inilah kali pertama pemain Pahang FC menjadi calon akhir untuk anugerah ini dengan Faiz Subri menjadi penerima sulung pada bulan Febuari.

Volas yang cemerlang pada 3 perlawanan yang terakhir termasuk meledakkan hatrik semasa perlawanan menentang Perak di Ipoh yang menyaksikan Pahang FC berjaya memperolehi kemenangan pertama setelah sekian lama mendahagakan kemenangan.

Beliau juga yang pada awalnya agak sukar untuk menyesuaikan diri dan sering menjadi ejekan peminat kini membuktikan kebolehan dirinya apabila sudah mengumpul 7 gol dengan 6 gol di Liga Super dan 1 gol semasa aksi Superbest Power Piala FA.

Pemain berusia 29 tahun disaingi oleh 4 calon lain iaitu Forkey Doe (Felda United),  Juan Martin Lucero (JDT), Patrick Cruz (TTeam) dan Wan Zaharulnizam (Kelantan).

Klik gambar untuk mengundi :

04_Volas

 

 

mrcipizs
MyPassion with MyStyle..

Leave a Reply

Top