Anda di sini
Laman Utama > Liga Super > [PREVIEW] Kemenangan ketiga Liga Super?

[PREVIEW] Kemenangan ketiga Liga Super?

#10 vs Kedah Web

Perlawanan ke-10 aksi Liga Super bakal menemukan skuad Tok Gajah dengan pasukan Kedah pada malam ini di Stadium Darul Makmur, Kuantan. Pahang yang kini di kedudukan ke sepuluh liga dengan mengumpul 8 mata perlu memanfaatkan kelebihan beraksi di gelanggang sendiri untuk memiliki 3 mata berharga yang bakal menjamin laluan ke pentas Piala Malaysia. Namun begitu, tugas berat bakal menanti buat anak-anak buah Razip Ismail apabila dijangka akan mendapat tentangan sengit dari skuad Lang Merah yang nyata akan bangkit selepas gagal mara ke pentas akhir Piala FA baru-baru ini.

Keadaan perlawanan:

Sandro Da Silva
Sando diberitakan gagal diturunkan kerana kecederaan.

Pertemuan melibatkan pasukan yang berada di tangga ke-7 dan ke-10 ini ternyata mempunyai misi yang tersendiri. Bagi skuad kendalian Tan Cheng Hoe, kemenangan di Kuantan adalah diharapkan bagi membentuk semula momentum kemenangan seterusnya kembali memberi cabaran kepada 4 pasukan teratas Liga Super. Manakala skuad Tok Gajah pula turut mengintai 3 mata penting sebagai bekalan menjadi antara 11 pasukan teratas liga sehingga tamat perlawanan pusingan pertama yang dijangka berakhir pada 18 Mei ini.

Pahang dijangka akan menurunkan kesebelasan utama malam ini di mana Nejc Potokar akan kembali selepas menjalani penggantungan satu perlawanan sebelum ini. Namun begitu, Zesh Rehman tidak pasti diturunkan malam ini kerana mengalami kecederaan. Posisi ini mungkin akan ditampung oleh Mohd Helmi bagi membentuk kubu pertahanan di middle third yang bakal dikuasai oleh rangkaian serangan tengah Kedah iaitu Liridon Krasniqi dan Baddrol Bakhtiar. Perkhabaran mengenai kecederaan beberapa pemain pasukan Kedah seperti Sandro Da Silva, Syazwan Zainon dan Syazwan Tajudin dilihat mungkin tidak meninggalkan impak yang besar (untuk perlawanan malam ini) tatkala beberapa pemain muda (pengganti) skuad ini telah menunjukkan permainan yang baik di Larkin Sabtu lalu.

Rekod pertemuan:

Ada beberapa talking points bagi menggambarkan rekod pertemuan buat kedua-dua pasukan termasuklah situasi perlawanan akhir Piala Malaysia 1992 dan separuh akhir musim 2014 yang lalu. Namun begitu, kali terakhir kedua-dua pasukan ini bertemu dalam aksi Liga Super adalah pada musim 2011 di mana Pahang tewas di gelanggang sendiri dengan jaringan 0-1.

Pemain tumpuan:

Pacheco Potokar
Pacheco sekali lagi menjadi sandaran pada malam ini

German Pacheco akan berhadapan dengan Amirul Hisyam di bahagian attacking third dan perlawanan ini bakal menguji keupayaan beliau dalam meneruskan konsistensi sebagai penggerak utama kepada serangan pasukan Pahang. Turut mencuri tumpuan adalah pertembungan melibatkan dua pemain sayap yang lincah untuk kedua-dua pasukan iaitu Faisal Halim dan Farhan Roslan. Keupayaan serta larian deras kedua-dua pemain ini akan dijadikan sebagai senjata bagi kedua-dua pasukan dalam mengucar-kacirkan kubu lawan nanti. Karakter di bahagian serangan pula akan menjurus kepada 2 tenaga import (Volas dan Kahe) kedua-dua pasukan yang dilihat mempunyai keupayaan dan peranan yang seakan sama sebagai The Goal Poacher. Namun, reputasi persembahan sedikit tertumpu ke arah Dalibor Volas apabila telah menjaringkan 6 gol buat Pahang dalam aksi Liga Super setakat ini.

Perlawanan malam ini jelas bakal menguji karakter sebenar pasukan Pahang selepas dilihat semakin menunjukkan kematangan dalam permainan. 3 perlawanan terakhir dengan mengumpul 7 mata dilihat satu keputusan yang baik berbekalkan skuad yang serba baharu ini. Mungkin di atas kertas, peluang lebih terarah kepada pasukan pelawat untuk membawa pulang 3 mata, namun kesungguhan para pemain adalah dituntut bagi mengulangi situasi yang disajikan oleh skuad T-Team apabila menewaskan Kedah dengan jaringan 4-1 pada 20 April yang lalu.

Barisan kemungkinan (Ramalan TGC):

wp-1462338049620.png

 

Oesandro
[ "There's football adrenaline inside circulatory system of my body hence rush my passion in synthesizing the local football scene" ] -Follow @oesandro25 (Twitter)-

Leave a Reply

Top