Anda di sini
Laman Utama > 100plus Liga Premier > Pesta gol di Hang Jebat, Matias Hadwa lakar hatrik

Pesta gol di Hang Jebat, Matias Hadwa lakar hatrik

wp-1462332213633.jpg

Pesta gol berlaku di Stadium Hang Jebat, Melaka malam tadi apabila sejumlah 8 gol dihasilkan dalam perlawanan 100plus Liga Premier yang berkesudahan Kuantan FA berjaya mengikat finalist Piala FA 2016 PKNS FC dengan keputusan 4-4 dengan pemain import tuan rumah dari Palestin Matias Jadue menjaringkan hatrik.

Kuantan FA yang bertandang ke bumi Melaka buat kali kedua selepas tewas kepada Melaka United sebelum ini turun tanpa penjaga gol utamanya yang cedera dengan digantikan oleh Rosfaizul manakala pemain sayap Hazuan Daud kembali dari kecederaan untuk berada di bangku simpanan.

wp-1462333666431.jpg

Kuantan FA berjaya mendahului seawal minit ke 6 melalui Dao Bakary yang menyudahkan hantaran yang berpunca dari sepakan sudut dari Srdjan Vidakovic dan kemudiannya beliau sendiri melebarkan jaringan pada minit ke 15 menjadikan kedudukan 2-0 untuk Kuantan FA mendahului.

Selang seminit kemudian, PKNS berjaya merapatkan kedudukan melalui Matias Hadwa yang merembat leret dari dalam kotak penati sebelum Gabby Guerra menyamakan kedudukan pada minit ke 40 melalui sepakan penalti setelah beliau sendiri dijatuhkan di dalam kotak penalti.

Bersambung babak kedua, Kuantan FA sekali lagi mendahului melalui Hazwan Fahkrullah apabila sepakan sudut yang diambilnya terus melencong ke dalam gol dan menerjah jaring menewaskan Ramezey.

wp-1462337513604.jpg

Tersentak dengan jaringan itu, PKNS menggandakan asakan dan berjaya memperolehi dua gol dalam masa 7 minit oleh Matias Hadwa masing-masing pada minit 54 dan pelengkap hatriknya pada minit ke 61.

Pemain gantian, Mohamad Syafiq Razali kemudiannya menjaringkan gol pernyamaan pada minit ke 76 apabila menyudahkan lontaran jauh Ljuba Daranin untuk menyelamatkan Kuantan FA daripada pulang dengan tangan kosong dan masih berpeluang layak ke Piala Malaysia.

Sebelum perlawanan ditamatkan oleh pengadil perlawanan, PKNS terpaksa beraksi dengan 10 orang pemain setelah ketua pasukannya Abdul Ghani Abd Rahman dilayangkan kad merah kerana mengasari pemain Kuantan FA.

Foto : FB Kuantan FA

PKNS FC : Mohd Ramezey Che Ros (PG), Rajes Perumal, Muhammad Khairul Azrin, Mohd Nazrin, Juan Manuel Cobelli, P Gunalan, Abdul Ghani (K), M Sivakumar, Gabriel Muguel Guerra, Ahmad Shakir Mat Ali, Matias Hadwa.

Kuantan FA : Mohd Rosfaizul (GK)(K), Rafizi Zahari, Ljubo Baranin, Muhamad Ilham, Srdjan Vidakovic, Abdul Malik (Mohd Shahrul Aizad), Dao Bakary, Mohd Kamal Rodiarjat, Norfahmie Hadzrin, Hazwan Fahkrullah, Mohd Fiqri (Mohamad Syafiq Razali).

Keputusan lain :

Perlis 2-1 Melaka United

JDT II 1-0 UiTM FC

N.Sembilan 2-2 Sabah

K.Lumpur 5-1 ATM

 

mrcipizs
MyPassion with MyStyle..

Leave a Reply

Top