Anda di sini
Laman Utama > 100plus Liga Premier > [PREVIEW] PKNS FC vs Kuantan FA

[PREVIEW] PKNS FC vs Kuantan FA

wp-1462075118287.jpg

Kuantan FA bakal berkunjung sekali lagi ke bumi Melaka untuk bertemu satu lagi pasukan yang sedang mencipta kejuaraan Piala FA musim ini iaitu PKNS FC. Perlawanan liga yang ke-10 ini diibaratkan penentu kepada peluang skuad The Seagulls untuk melakar kejutan mara ke pentas Piala Malaysia.

Keadaan perlawanan:

Pertemuan yang disifatkan seperti buku bertemu ruas apabila kedua-dua pasukan perlu menang untuk menjadi antara 5 pasukan teratas liga selepas tamat pusingan pertama. Meskipun dibezakan dengan hanya 2 mata, peluang buat 2 pasukan ini menempah slot ke Piala Malaysia masih terbuka luas dan pemenang pada perlawanan ini bakal menolak pasukan yang tewas ke kedudukan yang tidak selamat sekaligus menyukarkan misi untuk mara ke pentas Piala Malaysia. Buat skuad Kuantan FA pula, masalah kecederaan yang menimpa salah seorang tonggak importnya mungkin sedikit menggangu perancangan dan dilihat terkesan terutamanya pada pertemuan menentang Melaka tempoh hari. Kelincahan pemain sayap, Shahrul Aizad serta keupayaan target man iaitu Dao Bakary amatlah ditagih bagi mengucar-kacirkan benteng skuad kendalian E. Elavarasan nanti. Begitu juga dengan prestasi Malik Mat Arif yang kini menjaringkan 7 gol dalam Liga Premier.

Rekod pertemuan:

Keputusan musim lalu memperlihatkan skuad Sang Semut Merah berjaya merekodkan kemenangan bagi kedua-dua perlawanan liga di mana PKNS memenangi perlawanan di Kuantan dengan jaringan 1-3 dan menundukkan Kuantan FA 3-2 di Stadium Hang Jebat, Melaka. Melalui 2 pertemuan ini musim lalu, Gaby Guerra berjaya meledak 5 gol dari 6 gol yang dihasilkan oleh PKNS sekaligus membuktikan kehadiran pemain ini bakal mengganggu misi Kuantan nanti.

Pemain tumpuan:

190316GabrielGuerraSelain tumpuan diberikan kepada Gaby Guerra yang kini memimpin carta penjaring terbanyak Liga Premier, pasukan ini turut diperkuatkan dengan 2 lagi tenaga import iaitu Matias Nicolas Hadwa dan Juan Manuel Cobelli yang turut memberikan impak untuk pasukan terutamanya pada aksi kedua separuh akhir Piala FA Sabtu lalu. Begitu juga pengaruh yang dibawa oleh Gonzalo Soto di bahagian pertahanan yang dilihat semakin serasi dengan pasukan.

Secara kesimpulannya, perlawanan yang agak sukar buat Kuantan FA ditambah dengan suntikan moral para pemain PKNS yang baru sahaja layak buat kali pertama ke pentas akhir Piala FA. Namun begitu, reputasi Malik Mat Arif sebagai peledak utama skuad The Seagulls diharap dilebarkan pada perlawanan ini sekaligus mampu melakar kejutan di Melaka nanti.

#misikePialaMalaysia.

Barisan kemungkinan (Ramalan TGC) :

wp-1462242963765.png

Oesandro
[ "There's football adrenaline inside circulatory system of my body hence rush my passion in synthesizing the local football scene" ] -Follow @oesandro25 (Twitter)-

Leave a Reply

Top