Anda di sini
Laman Utama > Berita > Pahang B21 tebus kekalahan

Pahang B21 tebus kekalahan

wp-1462259811513.jpg

Misi pasukan Piala Presiden Pahang B21 membalas dendam terhadap kekalahan di tempat sendiri ditangan pauskan Kuala Lumpur B21 Khamis lepas tercapai apabila berjaya menewaskan lawan yang sama 3-1 di Stadium Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi semalam lapor koresponden TGC Rizal Shaari.

Pahang tidak menunggu lama untuk mendahului seawal minit ke 6 melalui Muhd Zuhair Aizat yang berjaya memperdayakan dua orang pemain pertahanan lawan sebelum melepaskan rembatan dari luar kotak penalti untuk menewaskan penjaga gol Kuala Lumpur, Khatul Anuar Md Jalil.

wp-1462262849864.jpg
Penjaring-penjaring gol Pahang B21 : Muhd Zuhair Aizat, Mohd Adam Mohd Zaki, Mohd Hariz Irffan

Gol awal tersebut menaikkan semangat anak-anak buah Shahrulnizam Sahat yang kemudiannya menambah jaringan pada minit ke 22 melalui rembatan Mohd Adam Mohd Zaki setelah pertahanan Kuala Lumpur gagal mengeluarkan bola dari kawasan kotak penalti mereka hasil tendangan penjuru pasukan Pahang.

Bersambung babak kedua, Pahang masih bertali arus menyerang ke kubu tuan rumah dengan sekali sekala pasukan Kuala Lumpur menyerang balas namun tiada pertambahan jaringan dilakukan sehinggalah pada minit ke 87 apabila Pahang menambah jaringan hasil tandukan Mohd Hariz Irffan juga berpunca dari sepakan sudut.

Kuala Lumpur berjaya mendapat jaringan saguhati menjadikan keputusan 1-3 pada waktu kecederaan setelah sepakan lencong Thipan Raj hasil dari sepakan percuma terus menerjah jaring untuk menewaskan Kamarullah.

 

Kemenangan ini membolehkan Pahang B21 membaiki kedudukan dengan naik satu anak tangga ke kedudukan ke 4 kumpulan B dengan ketinggalan 9 mata di belakang pendahulu TTeam.

mrcipizs
MyPassion with MyStyle..

Leave a Reply

Top