Anda di sini
Laman Utama > Berita > Tunjukkan kesungguhan untuk menang – Shahrulnizam

Tunjukkan kesungguhan untuk menang – Shahrulnizam

10

Jurulatih Skuad Presiden, Shahrulnizam Sahat menuntut kesungguhan pemainnya untuk menang sebagai senjata utama mereka dalam menghadapi perlawanan seterusnya menentang Kuala Lumpur B21 pada petang ini.

Berada di tangga ke 5 dalam kumpulan B dengan 11 mata ketinggalan 8 mata dengan pendahulu TTeam, Shahrul mengingatkan agar tidak memandang rendah dengan pasukan lawan walaupun mereka berada di tangga tercorot kumpulan.

Perancangan saya untuk teruskan apa yang kita lakukan sebelum ini, masih kekalkan cara yang sama cuma saya akan lebih terapkan pada kesungguhan.

Bagi saya keupayaan semua pasukan dalam Piala Presiden adalah setara cuma dengan  kesungguhan dan komitmen kita akan sentiasa mendapat keputusan yang baik.

Perlawanan menentang PDRM tempoh hari pemain saya ada elemen ini dan saya harap perkara yang sama dapat diulangi untuk perlawanan pada petang ini.

Baginya pemain sudah mula menunjukkan keserasian dan hanya perlu membaiki beberapa kelemahan yang dapat dikesan pada perlawanan-perlawanan sebelum ini.

Dalam perlawanan ke 8 yang berlangsung di PULAPOL, Pahang B21 menewaskan PDRM B21 yang menduduki tangga ke 2 liga ketika itu dengan keputusan 3-0 dalam perlawanan yang bermula lewat kerana hujan lebat.

 

mrcipizs
MyPassion with MyStyle..

Leave a Reply

Top