Anda di sini
Laman Utama > Berita > Ashar, Nik Sharif tarik perhatian Bernhardt

Ashar, Nik Sharif tarik perhatian Bernhardt

17

frankKetua Jurulatih B22 negara, Frank Bernhardt memanggil dua lagi pemain Pahang untuk menjalani pusat ketiga pasukan B22  negara selama tiga hari mulai 7 Mei ini menurut kenyataan rasmi yang dikeluarkan di laman web Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Dua pemain tersebut iaitu Muhammad Ashar Al Aafiz Abdullah dan juga Nik Muhammad Sharif Haseefy Mohd Lazim merupakan antara beberapa muka baru yang dipanggil Bernhard yang sebelum ini pernah memanggil beberapa pemain Pahang yang lain untuk disesuaikan dengan persediaan menghadapi Sukan Sea 2017 yang akan berlangsung pada tahun depan.

wp-1461730173748.jpg
Ashar menghalang Makeche dalam perlawanan Liga Super Sabtu lepas. Foto : FB Pahang FC

Ashar yang pertama kali mendapat panggilan ke skuad kebangsaan menampilkan persembahan cemerlang apabila mengisi kesebelasan utama pasukan Liga Super Pahang 3 perlawanan kebelakangan ini yang membuatkan Bernhardt tertarik untuk memanggilnya.

Manakala Nik Muhammad Sharif yang bermain di posisi tengah pernah menganggotai skuad Liga Super pada pra musim di Bangkok kini membantu pasukan Piala Presiden bimbingan Shahrunizam Sahat dan sudah menjaringkan satu gol dalam kejohanan tersebut.

Pemain yang terpilih diarahkan melaporkan diri di Wisma FAM, Kelana Jaya pada hari Sabtu depan (7 Mei 2016) sebelum jam 12 tengahari.

mrcipizs
MyPassion with MyStyle..

Leave a Reply

Top