Anda di sini
Laman Utama > Berita > Pahang ikat Sarawak di Kuching

Pahang ikat Sarawak di Kuching

Foto : FB Pahang FC

Pahang berjaya memaksa Sarawak untuk berkongsi satu mata apabila berjaya mengikat pasukan tuan rumah dengan keputusan 1-1 dalam aksi Liga Super di Stadium Negeri, Kuching malam tadi.

Kemenangan dua kali berturut-turut sebelum ini menyebabkan Ketua Jurulatih Pahang, Razip Ismail mengekalkan barisan yang hampir sama semasa 2 aksi terakhir kecuali mennyenaraikan Muhammad Helmi di posisi tengah setelah Zeshan Rehman diletakkan di barisan pertahanan bagi menggantikkan Nejc Potokar yang digantung perlawanan gara-gara menerima 3 kad kuning.

Sarawak yang terdesak memburu kemenangan bermula garang apabila mendahului pada minit ke 28 menerusi Junior Aparecido yang melakukan percubaan dari luar kotak penalti hasil hantaran Tommy Mawat dan keputusan 1-0 kekal sehingga tamat separuh masa pertama.

Sarawak vs Pahang 2

Babak kedua menjadi bertambah menarik apabila Sarawak tetap garang untuk cuba menambah jaringan namun Pahang yang akhirnya berjaya memperolehi gol pernyamaan hasil keadaan kelam kabut di hadapan gol Sarawak melalui penyerang importnya Dalibor Volas.

Keputusan kekal sehingga tamat permainan menyaksikan Pahang dan Sarawak merekod seri untuk kali ketiga berturut-turut apabila masing-masing bertemu di Kuching apabila seri 1-1 pada tahun 2014 dan 0-0 pada 2015.

Pahang kini naik satu anak tangga ke tangga ke 9 manakala Sarawak kekal di tanggga tercorot dengan kedua-dua pasukan masih bergelut untuk layak ke saingan Piala Malaysia.

 

mrcipizs
MyPassion with MyStyle..

Leave a Reply

Top