Anda di sini
Laman Utama > Liga Super > [PREVIEW] Sarawak vs Pahang

[PREVIEW] Sarawak vs Pahang

Pahang bakal berkunjung ke Kuching Sabtu ini dalam usaha untuk meneruskan momentum kemenangan dalam saingan liga bagi menjamin slot Piala Malaysia dan meningkatkan lagi motivasi para pemain sebelum melengkapkan jadual pusingan pertama dengan bertemu 2 pasukan semi finalist Piala FA musim ini. Skuad Sarawak turut mengintai kemenangan malam esok meskipun turun beraksi tanpa penyokong setianya dan dilihat bersedia untuk melakar kemenangan yang kedua bagi mengelak terus terperosok di dasar liga. Meskipun tewas pada aksi sebelum ini, kemampuan pasukan ini untuk mencipta gol di Larkin bakal dijadikan azimat untuk terus merobek kubu Tok Gajah nanti. Penampilan beberapa pemain muda sejak 2 atau 3 perlawanan kebelakangan ini dilihat bakal dijadikan “senjata” untuk memastikan Pahang pulang dengan tangan kosong nanti.

Rekod pertemuan buat kedua-dua pasukan menyaksikan 11 perlawanan direkodkan sejak musim pertama Liga Super diperkenalkan pada tahun 2004. 5 kemenangan berpihak kepada Pahang dan menyaksikan musim 2015 dan 2014, kedua-dua pasukan sekadar berkongsi mata di Kuching. Sementara itu, hanya 1 kemenangan berjaya direkodkan dalam aksi MSL di Kuching iaitu pada musim 2004.

Pahang terpaksa turun tanpa tonggak import dibarisan pertahanan apabila Nejc Potokar diketepikan akibat menjalani penggantungan satu permainan selepas mengutip 3 kad kuning pada perlawanan sebelum ini. Sandaran kini mungkin diletak kepada Saiful Nizam yang dilihat calon terbaik untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan Potokar selain mempunyai pilihan pemain lain seperti Ridhwan Maidin atau mengembalikan Zesh di posisi CB dan memasukkan Shah Amirul di bahagian tengah pasukan.

Keupayaan Dalibor Volas dalam mencipta jaringan dalam 2 aksi berturut-turut sebelum ini sekali lagi bakal menjadi taruhan skuad Tok Gajah dalam usaha merobek gawang skuad Bujang Senang ini. Gandingan beliau bersama German Pacheco dilihat semakin serasi terutamanya menerusi penciptaan gol kemenangan oleh Pacheco ketika bertemu Kelantan Rabu lalu. Begitu juga dengan sumbangan Fauzi Roslan yang dilihat semakin menemui sentuhannya meskipun masih belum menjaringkan gol buat Pahang. Hantaran tepat beliau yang menemui Faisal Rosli untuk gol ketiga Pahang tempoh hari jelas membuktikan pemain ini bakal berada pada kemuncaknya sedikit masa lagi.

Selamat berjuang buat pasukan Tok Gajah. Misi untuk membawa 3 mata adalah menjadi harapan buat semua peminat setia.

#fokusgamebygame

Barisan Kemungkinan (Ramalan TGC):

wp-1461295866077.png

 

Oesandro
[ "There's football adrenaline inside circulatory system of my body hence rush my passion in synthesizing the local football scene" ] -Follow @oesandro25 (Twitter)-

Leave a Reply

Top