Anda di sini
Laman Utama > Berita > PDRM B21 gagal tandingi Pahang B21

PDRM B21 gagal tandingi Pahang B21

Presiden vs PDRMSkuad Pahang B21 nyata bukan tandingan pasukan PDRM B21 apabila pasukan tuan rumah tewas dengan 3 gol tanpa balas pada pasukan pelawat dalam perlawanan Kumpulan B Piala Presiden di Padang Utama PULAPOL, Jalan Yahya Petra Kuala Lumpur petang semalam.

Perlawanan yang bermula lewat 30 minit setelah hujan dan angin kuat melanda bandaraya Kuala Lumpur nyata tidak merencatkan permainan kedua-dua pasukan setelah pengadil dan komisioner perlawanan bersetuju untuk meneruskan perlawanan.

Permainan berhati-hati oleh kedua-dua pasukan akibat padang basah dan licin telah menyebabkan kedua-dua pasukan buntu mencipta jaringan sehinggalah Mohd Zul Hafiz menceriakan kem Pahang apabila sepakan volinya menerjah gayang PDRM.

Bermula babak kedua, PDRM menggandakan asakan namun barisan serangan masih gagal menemui setuhan gol sebaliknya Pahang berjaya menambah gol kedua melalui Mohd Jadid Ilias yang menanduk bola dari hantaran tendangan sudut.

Presiden vs PDRM 2Mohd Zuhair Aizat kemudiannya menambah derita PDRM apabila menambah gol ketiga setelah permainan berbaki 10 minit untuk Pahang FC pulang dengan 3 mata penuh.

Kemenangan ini menyaksikan Pahang B21 naik satu anak tangga dari tangga keenam ke tangga kelima kumpulan B dengan ketinggalan 8 mata dibelakang pendahulu liga TTeam.

 

 

mrcipizs
MyPassion with MyStyle..

Leave a Reply

Top