Anda di sini
Laman Utama > Berita > Jaringan lewat Pacheco bantu Pahang FC kutip 3 mata berharga.

Jaringan lewat Pacheco bantu Pahang FC kutip 3 mata berharga.

wp-1461208435250.jpg

Jaringan pemain import Pahang PC dari Argentina, German Pacheco memusnahkan impian Kelantan untuk membawa pulang sekurang-kurangnya satu mata apabila gol lewat pemain import dari Argentina itu membawa kemenangan kepada pasukan  dengan keputusan 4-3 dalam pertemuan seteru setempat Pantai Timur di Stadium Darulmakmur malam tadi.

Ketua Jurulatih Pahang FC, Razip Ismail menggunakan barisan yang sama ketika menewaskan Perak yang turut mencatatkan jumlah jaringan yang sama sebelum ini dengan Faisal Halim kembali dari kecederaan dan berada di bangku simpanan.

wp-1461208430273.jpg

Pelawat terlebih dahulu mengejutkan tuan rumah apabila mendahului seawal minit ke 9′ melalui penjaring terbanyak musim lalu Dramane Traoré yang bijak menghukum kesilapan pertahanan dan penjaga gol Pahang FC akibat salah faham di antara mereka.

Gol itu bagaimanapun tidak bertahan lama apabila 5 minit kemudian penyerang sensasi Pahang FC, Dalibor Volas menyamakan kedudukan menjadi 1-1 setelah berjaya melepaskan diri dari kawalan pertahanan Kelantan untuk mudah menewaskan Khairul Fahmi Che Mat.

Menjelang wisel penamat separuh masa pertama ditiupkan oleh pengadil perlawanan, German Pacheco menceriakan hampir 5,000 penonton tuan rumah setelah merembat masuk bola ke gawang hasil hantaran silang Zeshan Rehman di dalam kotak penalti.

Bersambung babak kedua, Pahang FC  tidak menunggu lama apabila pemain sayap kelahiran Rompin, Faisal Rosli yang tidak dikawal mudah menanduk masuk bola ke gawang Kelantan pada minit ke 47′ apabila mendapat hantaran lintang dari Fauzi Rozlan.

wp-1461208421780.jpg

Ketinggalan 1-3 tidak mematahkan semangat juang Kelantan dan berjaya menghasilkan dua gol masing-masing melalui Blaze Ilijoski yang menyempurnakan sepakan pada minit ke 55 dan jaringan pernyamaan Khairul Izwan pada minit ke 78.

Setelah keputusan seakan-akan berkesudahan dengan seri, Pacheco menggamatkan Stadium Darulmakmur apabila dengan tenang menyudahkan hantaran Volas untuk sekali lagi menewaskan Khairul Fahmi untuk gol kemenangan Pahang FC.

Kemenangan ini berjaya mengeluarkan Pahang FC dari zon bahaya untuk naik ke tangga ke 10 Liga Super dan juga menghidupkan peluang untuk layak ke Piala Malaysia 2016.

LIHAT PERINCIAN PERLAWANAN

Pahang FC : Nasril Nourdin (PG), Nejc Potokar, Mohd Ashar (Mohd Helmi), Matthew Davies (K), Shahrizan Salleh, Faisal Rosli (Faisal Halim), Zesh Rehman, Salomon Raj, Fauzi Roslan (D Saarvindran ), German Pacheco, Dalibor Volas.

Kelantan : Khairul Fahmi (GK), Jonathan McKain, Farisham Ismail, Wan Zack Haikal, Wan Zairulnizam, Brendan Gan, Mohd Nor Hazrul, Daudsu Jamaluddin, Mohd Badri Radzi (K), Dramane Traore, Blazhe Ilioski (Khairul Izuan).

Keputusan lain :

JDT I 5 – 2 Sarawak
Selangor 1 – 0 P.Pinang
Felda United 4 – 0 PDRM
TTeam 4 – 1 Kedah

 

mrcipizs
MyPassion with MyStyle..

Leave a Reply

Top