Anda di sini
Laman Utama > Berita > Aksi Pahang FC-Kedah ditangguh.

Aksi Pahang FC-Kedah ditangguh.

Feature MSL Logo
Perlawanan Liga Super antara Pahang FC dan Kedah yang dijadualkan berlangsung di Stadium Darulmakmur Selasa depan ditangguhkan sehari kemudian menurut surat yang diedarkan kepada media sebentar tadi.

Ini berikutan permohonan dari kem pasukan Kedah kepada Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLPP) yang mahukan penangguhan ekoran baru sahaja selesai beraksi dalam saingan separuh akhir Superbest Power Piala FA menentang JDT di Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunus pada 30hb April 2016.

Berikutan Pahang FC tiada halangan atas penangguhan tersebut, pihak FMLLP bersetuju untuk menangguh perlawanan tersebut yang sepatutnya dijadualkan pada hari Selasa, 3 Mei 2016 kepada hari Rabu 4 Mei 2016.

Masa dan Venue perlawanan tidak berubah iaitu jam 9.00 malam di Stadium Darulmakmur, Kuantan.

mrcipizs
MyPassion with MyStyle..

Leave a Reply

Top