Anda di sini
Laman Utama > Artikel > 270 minit, penentu slot terakhir Piala Malaysia edisi ke-90

270 minit, penentu slot terakhir Piala Malaysia edisi ke-90

Screenshot_2016-04-21-00-43-50

Pahang jelas menarik nafas lega malam semalam apabila berjaya mengutip 3 mata penting hasil dari kemenangan ke atas Kelantan yang turut merupakan kemenangan pertama di gelanggang sendiri dalam saingan liga selepas kali terakhir direkodkan pada 12 Ogos 2015. Meskipun berjaya melakar kemenangan tipis berturut-turut dengan jaringan yang sama ketika di Ipoh, 6 mata yang berharga melalui 2 perlawanan lepas nyata ditagih bagi meletakkan pasukan yang pernah dinobatkan selaku “Gergasi Pantai Timur” ini terus konsisten dalam menyertai kejuaraan Piala Malaysia yang sarat dengan legasi dan tradisi sebelum ini. Piala Malaysia bukan sahaja penuh dengan sejarah penceritaannya sahaja, malah perlawanan peringkat kumpulan yang menghimpunkan pasukan terbaik di Malaysia nyata menyediakan sekurang-kurangnya 6 perlawanan di mana minit permainan (90×6=540 minit) ini adalah penting dalam usaha mana-mana pasukan untuk terus membentuk persefahaman dan mendapatkan match experience agar pasukan itu betul-betul mantap dalam meneruskan sustainability pada masa mendatang.

BScreenshot_2016-04-21-14-44-03erdasarkan hujah seperti di atas, Pahang perlu meletakkan sasaran untuk mendapatkan match experience ini atas dasar untuk menguji karakter sebilangan besar pemain muda (termasuklah Dinesh dan Kogileswaran) agar pendedahan ini dapat digunakan dalam perancangan pada musim hadapan. Namun begitu, Pahang terpaksa melalui baki 3 perlawanan bagi menjamin laluan mutlak ke Piala Malaysia musim ini. Artikel ini bertujuan melihat peluang skuad Tok Gajah dan beberapa pasukan lain dalam 3 perlawanan terakhir sebelum berakhirnya pusingan pertama yang dijangka tamat pada 18 Mei nanti.

Secara perkiraan, penulis mengandaikan terdapat 4 pasukan yang kini merebut slot 11 pasukan terbaik Liga Super selepas berakhir 3 perlawanan lagi. Pasukan yang dimaksudkan ialah pasukan yang kini menduduki tempat yang ke-9 hingga 12 iaitu Perak, Pahang, Pulau Pinang dan Sarawak. Hanya 2 mata sahaja yang memisahkan kedudukan 4 pasukan ini dan menyaksikan peluang buat 4 buah pasukan ini untuk bersaing masih ada, namun konsisten adalah kunci yang bakal membezakan mereka selepas 3 perlawanan nanti. Berikut merupakan baki 3 perlawanan buat 4 buah pasukan untuk melihat perbandingan peluang masing-masing dalam mendapatkan mata dalam baki perlawanan:

Pahang: (1 Home)

LS9-Sarawak vs Pahang LS10-Pahang vs Kedah LS11-JDT vs Pahang

Sarawak: (2 Home) 

LS9-Sarawak vs Pahang LS10-Terengganu vs Sarawak LS11- Sarawak vs Perak

Perak: (1 Home) 

LS9-Perak vs Felda United LS10-PDRM vs Perak LS11– Sarawak vs Perak

Penang: (2 Home)

LS9-Penang vs T-Team LS10-JDT vs Penang LS11– Penang vs Felda United

Berdasarkan baki 3 perlawanan ini, Pahang perlu memanfaatkan pertemuan Sabtu ini untuk mendapatkan 3 mata penuh bagi mencerahkan laluan kerana 2 perlawanan selepas ini menemukan Pahang dengan 2 pasukan yang mantap dan masih bersaing diperingkat separuh akhir Piala FA. Namun begitu, Sarawak pasti mahu bangkit dari kekalahan dan kemampuan pasukan ini menjaringkan 2 gol di Larkin sewajarnya dijadikan amaran buat skuad Tok Gajah untuk lebih berwaspada di Kuching Sabtu ini. Perbezaan gol antara 2 pasukan ini merekodkan persamaan iaitu (-8) dan perkiraan ini perlu diberikan lebih fokus dan sangat berharga sekiranya kedua-dua pasukan ini terikat mata selepas 3 perlawanan nanti.

Lain pula cerita buat skuad Pulau Pinang yang masih belum bertemu 2 pasukan teratas liga iaitu JDT dan Felda United. Ujian getir bakal menanti skuad The Panthers ini di Larkin dan bakal melayani kunjungan skuad The Fighters kerana 2 pasukan ini pasti mahu mencipta kemenangan bagi terus memimpin carta liga. Pulau Pinang juga perlu berwaspada dengan kebangkitan yang dicipta oleh T-Team yang ingin terus mencipta kejutan Sabtu ini selepas menundukkan Kedah semalam. Bagi skuad Perak pula, peluang beraksi di tempat sendiri perlu digunakan untuk sekurang-kurangnya mengutip satu mata apabila dijadualkan bertemu Felda United Sabtu ini sebelum turun ke gelanggang lawan 2 kali berturut-turut pada perlawanan berikutnya bertemu PDRM dan Sarawak.

Secara kesimpulannya, peluang buat 4 pasukan ini masih terbuka luas. Melihat kepada konteks pasukan Pahang, kemenangan Sabtu ini adalah amat diperlukan bagi meneruskan momentum kemenangan sejak 2 perlawanan lalu. Kebangkitan yang dipamerkan pasukan T-Team dengan menundukkan Kelantan dan Kedah wajar dijadikan azimat kepada para pemain agar terus positif untuk mencipta kebangkitan.

Ayuh Tok Gajahku! Keluarkan kami dari episod melankolia sebelum ini! Teruskan perjuangan!

 

Oesandro
[ "There's football adrenaline inside circulatory system of my body hence rush my passion in synthesizing the local football scene" ] -Follow @oesandro25 (Twitter)-

Leave a Reply

Top