Anda di sini
Laman Utama > 100plus Liga Premier > Misi Kuantan FA ke Piala Malaysia masih relevan

Misi Kuantan FA ke Piala Malaysia masih relevan

Screenshot_2016-04-20-13-26-09Kemenangan 1-2 ke atas ATM malam semalam jelas memandu skuad The Seagulls ini ke laluan yang tepat dalam usaha untuk melakar sejarah baharu membawa pasukan ke pertandingan Piala Malaysia. Dua gol jaringan Abdul Malik Mat Arif sudah cukup untuk pasukan ini membawa 3 mata berharga seterusnya berjaya melonjak pasukan ke kedudukan ke-6 Liga Premier setakat ini.

Namun begitu, kedudukan Kuantan FA ketika ini masih dianggap tidak selesa tatkala beberapa pasukan turut mengintai peluang menduduki 5 slot teratas untuk layak ke Piala Malaysia edisi ke 90 musim ini. Artikel ini mengulas peluang pasukan berpandukan baki 3 perlawanan yang bakal dihadapi oleh pasukan Kuantan FA sebelum boleh menarik nafas lega untuk muncul antara 5 pasukan terbaik selepas tamat pusingan pertama Liga Premier musim ini. Secara asasnya, beberapa pasukan masih berpeluang untuk mencari 5 slot terbaik liga ketika ini dan hanya pasukan ATM dilihat sudah terlepas peluang apabila sekadar mampu mencatat 1 mata selepas 8 perlawanan. Pasukan Sime Darby, Sabah, Perlis, UiTM FC dan DRB-Hicom turut dilihat masih mempunyai peluang untuk memperbaiki kedudukan, namun memerlukan usaha yang berganda bagi tidak terus keciciran mata berbaki 3 perlawanan nanti.

Bagi pasukan Kuantan FA pula, berbaki 3 perlawanan ini perlu dimanfaatkan untuk mencipta mata demi mata bagi melompat ke kedudukan yang lebih baik berbanding hari ini. Penulis juga beranggapan, baki 3 perlawanan nanti bakal menyaksikan close competition di antara 3 pasukan yang menghuni di kedudukan 4, 5 dan 6 dalam senarai carta liga untuk mengisi 5 slot terbaik. Pasukan yang dimaksudkan ialah JDT II, PKNS dan Kuantan FA. Ketiga-tiga pasukan ini sudah melengkapkan aksi perlawanan yang melibatkan 3 pasukan teratas liga sebelum ini iaitu Melaka, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan dan dilihat tidak mempunyai tugas yang terlalu berat berbaki 3 perlawanan nanti sebelum berakhir pusingan pertama aksi liga.

Ironinya, skuad kendalian Zulhamizan Zakaria akan membuat perhitungan dengan 2 pasukan yang kini berada di kedudukan 4 dan 5 liga iaitu JDT II dan PKNS. Kuantan FA bakal berkunjung ke Stadium Hang Jebat pada 3 Mei dan melayani kunjungan JDT II pada 17 mei nanti. Pertembungan 2 perlawanan ini perlu dimanfaatkan dengan kemenangan oleh skuad The Seagulls sekiranya ingin menoktahkan misi ke Piala Malaysia musim ini. Sebelum itu, Kuantan FA terlebih dahulu perlu memikirkan perancangan yang terbaik untuk mengutip 3 mata penting di Stadium Darul Makmur pada Jumaat ini apabila dijadualkan bertemu pasukan Sime Darby.

Secara kesimpulannya, Kuantan FA perlu menggunakan kelebihan beraksi di gelanggang sendiri untuk mara berpandukan kelebihan beraksi sebanyak 2 kali di Kuantan berbanding PKNS dan JDT II yang mempunyai baki 2 perlawanan di tempat lawan. Perlawanan yang terakhir (LP11) pada 17 Mei nanti pasti menjanjikan aksi yang mendebarkan dan ditunggu-tunggu oleh peminat apabila menemukan Kuantan FA dan JDT II di Kuantan selain PKNS berkunjung ke Tanjung Malim bagi membuat perhitungan terakhir bertemu DRB-Hicom.

Oesandro
[ "There's football adrenaline inside circulatory system of my body hence rush my passion in synthesizing the local football scene" ] -Follow @oesandro25 (Twitter)-

Leave a Reply

Top