Anda di sini
Laman Utama > 100plus Liga Premier > Dua gol Malik benam ATM

Dua gol Malik benam ATM

kuantan fa 1

Kuantan FA menghidupkan peluang utuk layak ke Piala MAlaysia apabila menewaskan pasukan di tangga tercorot liga ATM di Stadium Tun Abdul Razak Jengka dengan keputusan 2-1 malam tadi lapor koresponden TGC Khairuddin

Membuat sedikit pertukaran berbanding semasa tewas menentang Melaka United minggu lepas, Zulhamizan menurunkan Rafizi dan Iskandar dibahagian tengah dengan merehatkan Fakrullah dan Aizad sementara barisan pemain lain kekal di posisi masing-masing.

ATM walaubagaimana mengejutkan Kuantan FA apabila mendahului pada minit ke 18 melalui Azim Faris Shaari yang merembat bola yang ditepis penjaga gol Kuantan FA Zairie Hafizi hasil hantaran dari Venice Elphi.

kuantan fa 2

Kuantan FA tidak menunggu lama untuk menyamakan kedudukan apabila selang 6 minit kemudian Abdul Malik Mat Arif menjaringkan gol melalui lontaran jauh Ljuba yang ditanduk oleh Dao Bakary tetapi bola yang ditepis penjaga gol ATM mudah ditolak masuk Malik ke gawang ATM.

Abdul Malik sekali lagi menceriakan penyokong Kuantan FA apabila menjaringkan gol kedua pasukan dalam perlawanan ini dan koleksi kelima peribadinya dalam Liga Malaysia setelah menamfaatkan suasana kelam kabut di dalam kotak penalti.

Keputusan 2-1 kekal sehingga tamat perlawanan dengan kedua-dua pasukan gagal menambah jaringan pada separuh kedua.

Berikutan dengan kemenangan ini, Kuantan FA melonjak ke tangga ke 6 untuk terus memburu tempat ke Piala Malaysia yang dijangka bermula selepas Hari Raya Aidilfitri nanti.

Foto : FB Kuantan FA

mrcipizs
MyPassion with MyStyle..

One thought on “Dua gol Malik benam ATM

Leave a Reply

Top