Anda di sini
Laman Utama > Liga Super > [PREVIEW] Pahang vs Kelantan

[PREVIEW] Pahang vs Kelantan

#8 vs Kelantan Web

Momentum kemenangan pasti menjadi agenda buat barisan pemain Razip Ismail dalam usaha mengutip 3 mata di Stadium Darul Makmur malam esok. Namun begitu, skuad Tok Gajah bakal berhadapan dengan tugas getir apabila bertemu pasukan Kelantan yang dilihat mempunyai kekuatan yang seimbang di setiap posisi serta berbekalkan skuad yang lebih berpengalaman berbanding Pahang.

Prestasi semasa: Kedua-dua pasukan berjaya mencatatkan keputusan yang positif pada pertemuan ke-7 liga sebelum pasukan berehat panjang. Kemenangan dramatik di tempat lawan nyata ditunggu-tunggu oleh penyokong setia Tok Gajah sekaligus menghidupkan kembali peluang untuk merebut slot kejuaraan Piala Malaysia musim ini. Kemampuan Pahang untuk menjaringkan 4 gol di tempat lawan serta berbekalkan kekuatan dalam situasi set-pieces perlu dijadikan azimat untuk terus merobek kubu lawan nanti.  Bagi skuad The Red Warriors pula, kejayaan mengikat pasukan JDT di Kota Bharu pada perlawanan sebelum ini menunjukkan pasukan ini mampu memberi saingan yang kuat buat pasukan tuan rumah nanti. Ini ditambah dengan misi pasukan yang ingin segera keluar dari zon pertengahan dan terus mencabar kedudukan Liga Super.

lucca
Jonatan Lucca

Penampilan Jonatan Lucca pada separuh masa kedua permainan ketika bertemu JDT tempoh hari nyata menghadirkan impak yang berbeza. Peranan yang beliau mainkan di bahagian tengah mempu mencorakkan tempo permainan. Begitu juga dengan kekuatan pasukan ini di kedua-dua flank yang dikemudi oleh Wan Zack dan Wan Zaharulnizam yang turut mampu menjaringkan gol buat pasukan. Kedua-dua pemain ini turut berperanan sebagai inverted winger yang bakal mengucar-kacirkan kubu pertahanan Pahang nanti. Peranan Brendan Gan sebagai pelindung kepada back four di bahagian tengah mampu menyekat serangan lawan yang berpusat di middle third. Pertembungan antara beliau dan Pacheco pasti menjanjikan aksi yang menarik malam esok.

wp-1461050555984.jpg
Dalibor Volas

Bagi pasukan Pahang pula, perkhabaran mengenai status kecergasan Saiful Nizam bakal membuka peluang buat Ashar Al Hafiz untuk diturunkan buat kali kedua dalam kesebelasan utama nanti. Faisal Halim turut dijangka membuat penampilan selepas berehat panjang sekaligus memberi lebih pilihan di bahagian sayap pasukan nanti. Harapan juga bakal disandar kepada Dalibor Volas untuk terus membuktikan kehadiran beliau mampu memberi impak yang maksimum buat pasukan serta diharap Fauzi Roslan kembali menemui sentuhan pemusnahnya nanti.

Rekod pertemuan: 12 perlawanan liga menemukan kedua-dua pasukan dalam pertembungan derby Pantai Timur ini sejak tahun 2009 dan menyaksikan Pahang berjaya melakar 4 kemenangan. 3 kemenangan dari 6 perlawanan di tempat sendiri berjaya direkodkan dan menyaksikan rekod pertemuan dalam saingan liga musim lalu berpihak kepada skuad Tok Gajah apabila menang dalam kedua-dua pertemuan di Kuantan (5-3) dan di Kota Bharu (0-2). Pahang turut berjaya menjaringkan sekurang-kurangnya satu gol sepanjang pertemuan liga dengan pasukan Kelantan di Stadium Darul Makmur. Kekalahan besar yang direkodkan pasukan Pahang di Kuantan adalah pada tahun 2009 apabila Kelantan membenam tuan rumah 1-5, di mana gol tunggal tuan rumah dijaringkan oleh Hasmizan Kamarodin.

Kesimpulannya, meskipun berhadapan misi yang sukar, Pahang dilihat mampu melakar kejutan malam esok. Skuad Tok Gajah perlu memanfaatkan kelebihan beraksi di gelanggang sendiri untuk sekurang-kurangnya mengutip satu mata bagi mengelak terus berada di zon penyingkiran. Namun begitu, fokus dan semangat juang harus dikekalkan sepanjang tempoh 90 minit permainan ditambah dengan keazaman pasukan Kelantan yang pasti tidak mahu mengulangi keputusan di luar jangkaan selepas tewas 4-2 kepada pasukan T-Team, 5 April yang lalu. Mampukah Pahang mencipta kemenangan kedua berturut-turut malam esok?

Ayuh kita bagi sokongan!

Barisan kemungkinan (ramalan TGC):

IMG-20160419-WA0023

 

Oesandro
[ "There's football adrenaline inside circulatory system of my body hence rush my passion in synthesizing the local football scene" ] -Follow @oesandro25 (Twitter)-

Leave a Reply

Top