Anda di sini
Laman Utama > Aktiviti Rhodong > Lipis KV ungguli Bolasepak Anak-anak Pahang di Lembah Klang

Lipis KV ungguli Bolasepak Anak-anak Pahang di Lembah Klang

Foto : Lipis KV

Pasukan dari daerah Kuala Lipis muncul juara dalam Kejohanan Bolasepak Anak-anak Pahang di Lembah Klang apabila menewaskan pasukan Pekan dengan keputusan 2-1 yang berlangsung di TSI Sport Arena, Cyberjaya semalam.

Berlangsung secara karnival satu hari, kejohanan yang julung-julung kali diadakan anjuran Anak-anak Jerantut di Lembah Klang itu berjaya mengumpul hampir 250 anak-anak Pahang yang merantau di Lembah Klang dengan mewakili daerah masing-masing.

Dibahagikan kepada 2 kumpulan, Lipis KV dan Pekan KV unggul menjuarai kumpulan masing-masing untuk bertemu di perlawanan akhir yang turut diserikan dengan kehadiran Ahli Parlimen Jerantut YB Haji Ahmad Nazlan bin Idris untuk menyampaikan hadiah kepada pemenang.

Selain itu, sebanyak RM2,000 berjaya dikutip semasa  kutipan amal untuk bekas pemain Pahang era 80an dan 90an Saudara Anba Asyraf Abdullah yang kini sedang menderita sakit strok sejak setahun yang lalu.

6e62d7b4-5dfa-431a-a957-20c1a8fdbd5aKeputusan peringkat kumpulan

Kumpulan A
Rompin 2 – Raub 1 (A)
Pekan 3 – Temerloh 2 (A)
Rompin 0 – Pekan 0 (A)
Raub 0 – Temerloh 3 (A)
Rompin 0 – Temerloh 3 (A)
Raub 0 – Pekan 3 (A)

Kumpulan B
Lipis 2 – Jerantut 1 (B)
Maran 2 – Bera 5 (B)
Maran 1 – Lipis 5 (B)
Bera 1 – Jerantut 2 (B)
Maran 0 – Jerantut 3 (B)
Bera 2 – Lipis 5 (B)

Penentuan 7/8
Raub 1-0 Maran

Penentuan 5/6
Rompin 2-1 Bera

Penentuan 3/4
Temerloh 1-1 Jerantut (Temerloh menang penalti 4-3)

Akhir
Pekan 1-2 Lipis

KEPUTUSAN PENUH
Juara : 
Lipis KV

Naib Juara : Pekan KV

Ke-3 : Temerloh KV

Ke-4 : Jerantut KV

Ke-5 : Rompin KV

Ke-6 : Bera KV

Ke-7 : Raub KV

Ke-8 : Maran KV

mrcipizs
MyPassion with MyStyle..

Leave a Reply

Top