Anda di sini
Laman Utama > Berita > Pahang B21 bangkit ikat Selangor B21 di Shah Alam

Pahang B21 bangkit ikat Selangor B21 di Shah Alam

Pasukan B21 Pahang berjaya bangkit setelah ketinggalan untuk mengikat Selangor B21 2-2 dalam perlawanan ke 6 Kumpulan B Piala Presiden di Padang SUK, Shah Alam petang semalam lapor koresponden TGC Azli Halim

Ketinggalan 0-2 pada suatu ketika, anak-anak buah Shahrulnizam Sahat berjaya menghasilkan 2 gol pada babak kedua untuk membolehkan kedua-dua pasukan terpaksa berkongsi mata setelah wisel penamat dibunyikan.

Bagaimanapun Pahang B21 di kejutkan dengan gol awal pada minit ke 15 melalui sepakan percuma Mohd Faizuddin dari dalam kotak penalti setelah pengadil mendakwa penjaga gol Pahang menangkap bola hasil hantaran pertahanan mereka sendiri.

Bersambung 10 minit separuh masa kedua, Selangor B21 kemudiannya bertambah selesa apabila menambah gol menjadikan kedudukan 2-0 melalui Mohd Syahmi Safari yang menyudahkan hantaran rakan sepasukannya dari pemain sayap.

Tersentak dengan kedudukan tersebut, Shahrulnizam melakukan dua pertukaran dengan memasukkan Muhd Sharmin Izwan dan Muhd Amirul Izwan masing-masing pada minit ke 65 dan 67 untuk memantapkan lagi pasukan dari aspek serangan.

Hasilnya, Amirul berjaya merapatkan kedudukan 3 minit selepas dimasukkan setelah merembat bola dari luar kotak penalti yang gagal di tangkap kemas oleh penjaga gol tuan rumah dan kemudiannya Sharmin menjaringkan gol apabila perlawanan berbaki 2 minit untuk membolehkan Pahang B21 pulang dengan 1 mata dari arena lawan.

Keputusan ini membolehkan Pahang B21 menduduki tangga ke 8 kumpulan B mengutip 5 mata hasil dari 1 kemenangan, dua kali seri dan 3 kekalahan.

 

 

 

mrcipizs
MyPassion with MyStyle..

Leave a Reply

Top