Anda di sini
Laman Utama > Aktiviti Rhodong > JKV anjur Kejohanan Bolasepak

JKV anjur Kejohanan Bolasepak

Menyedari ramainya anak-anak Pahang yang kini merantau dan menetap di Lembah Klang, Kelab Anak-anak Jerantut @ Klang Valley (JKV) mengambil inisiatif untuk menganjurkan satu Kejohanan Bolasepak Anak-anak Pahang yang secara khususnya disasarkan kepada anak-anak Pahang pada hujung minggu ini.

Bertempat di Stadium Mini TSI Sport Arena, Cyberjaya yang bakal berlangsung pada hari Sabtu, 16 april 2016 bermula dari jam 9 pagi dan dijangka tamat sehingga jam 10 malam.

Bertujuan untuk mengumpul anak-anak Pahang di seluruh Lembah Klang berjaya mengumpul sebanyak 8 pasukan dari daerah-daerah di Pahang dan bakal berlangsung menggunakan format 11 sebelah.

Daerah-daerah yang menyertai pertandingan ini adalah seperti daerah Jerantut selaku penganjur daerah Bera, Temerloh, Raub, Kuala Lipis, Rompin, Pekan dan juga Maran.

Sempena kejohanan ini juga, pihak penganjur akan mengadakan kutipan amal untuk bekas pemain Pahang era 80an dan 90an Saudara Anba Asyraf Abdullah yang kini sedang menderita sakit strok sejak setahun yang lalu.

Sehubungan dengan itu, semua anak-anak Pahang dijemput untuk hadir memberi sokongan kepada daerah masing-masing dan diharap kejohanan ini dapat merapatkan silaturahim sesama mereka.

Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi urusetia di talian berikut :

Dato’ Rozilan Salleh 019-2617880
Ahmad Murad Idris 19 330 3911
Abdul Razak 019 616 6152
Mohd Edzuan 012 337 8048

mrcipizs
MyPassion with MyStyle..

Leave a Reply

Top