Anda di sini
Laman Utama > Berita > Matthew mahu rakan sepasukan tidak mengalah.

Matthew mahu rakan sepasukan tidak mengalah.

Tiada perkataan yang dapat digambarkan oleh Ketua Pasukan Pahang, Matthew Davies apabila Pahang FC memperolehi kemenangan pertama setelah bermula buruk dalam beberapa perlawanan Liga Super sebelum ini lapor Mezzo Fauzi.

Semangat juang yang tinggi menjadi senjata utama untuk menundukkan The Bos Gaurus dengan keputusan 4-3 dan lebih manis ia dilakukan di hadapan penonton pasukan lawan di Stadium Perak, Ipoh.

“Saya berbangga kerana kami berjuang bermati-matian dalam perlawanan pada malam itu dan juga membuktikan kami kami menjadi pasukan yang sepatutnya kami jadi

Walaupun mereka awal mendahului kemudian menyamakan kedudukan dan kami pula mendahului selepas itu, rakan sepasukan tidak mengalah walaupun pasukan lawan dua kali menyamakan kembali dan kami menang walaupun memerlukan gol pada saat akhir perlawanan.

Ini membuktikan yang kami boleh melakukannya!

Saya harap kemenangan kali ini akan memberi kembali keyakinan kepada pasukan dan ini penting untuk mengharungi perlawanan akan datang.”

Sebagai Ketua Pasukan, beliau juga mengharap peminat masih lagi tidak berputus asa kepada rakan-rakannya dan berjanji dengan sokongan yang diberikan mereka akan melakukan yang terbaik untuk pasukan.

 

 

 

mrcipizs
MyPassion with MyStyle..

Leave a Reply

Top