Anda di sini
Laman Utama > Liga Super > [REVIEW] Perak 3-4 Pahang

[REVIEW] Perak 3-4 Pahang

Pahang berjaya menamatkan kemarau kemenangan dalam saingan Liga super selepas menundukkan Perak di Ipoh semalam. 3 gol jaringan Dalibor Volas ternyata menggembirakan penyokong setia Tok Gajah yang sekian lama menantikan detik kemenangan terutamanya dalam saingan peringkat liga. German Pacheco turut menyumbang satu jaringan pada perlawanan ini sekaligus membuktikan beliau mampu memberikan impak dalam pasukan dan tidak terhad kepada mendokong watak utama dalam set pieces semata-mata.

Pahang turun dengan sedikit rombakan apabila menyenaraikan  Mohd Ashar di barisan pertahanan menggantikan Saiful Nizam yang masih mengalami kecederaan. Zesh kembali di posisi midfield sambil Volas diletakkan dalam kesebelasan utama untuk bergandingan dengan Pacheco di bahagian serangan. Mohd Faisal Rosli diberi kepercayaan di sebelah flank kiri untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan Mickey. Fauzi Roslan pula diletakkan disebelah sayap kanan berbanding bertindak sebagai penyerang pada perlawanan menentang PDRM tempoh hari.

Separuh masa pertama:

Pahang sekali lagi dibolosi dengan gol awal kali ini oleh Vokhid Shodiev seterusnya merekodkan 5 daripada 9 perlawanan (all competitions)  pasukan dibolosi pada awal permainan separuh masa pertama. Perak bermain agak baik pada awal permainan dengan beberapa ancaman melalui attacking force dan link up play yang efektif yang dicipta menerusi gandingan Nurridzuan-Nor Hakim-Elias Fernandes. Kawalan di bahagian tengah turut meletakkan dominasi tuan rumah di half way line yang dikemudi Nasir Basharudin. Namun, kecederaan serius memaksa beliau dikeluarkan dan digantikan dengan Mohd Hafiz Ramdan. Pertukaran ini memperlihatkan Nuri ditukar peranan ke bahagian tengah berbanding peranan yang beliau mainkan sebelum ini di bahagian flank (kiri dan kanan) untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan Nasir. Norhakim Isa pula dilihat kerap switch play dengan Elias Fernandes untuk bertindak sebagai wide play maker sambil Vokhid Shodiev mengekalkan posisinya sebagai goal poacher.

2 gol Pahang berjaya diperolehi pada separuh masa pertama permainan melalui Dalibor Volas yang bijak menyempurnakan gerakan set pieces yang diaktifkan Pacheco. Gol pendahuluan Pahang dilihat baik apabila sepakan penjuru Pacheco berjaya menemui near post lawan dan Volas hadir pada waktu yang sesuai untuk menyempurnakan sambungan hantaran yang melalui channel near post tadi.

Separuh masa kedua:

2 gol pasukan Perak pada separuh masa kedua hadir melalui gerakan build up play yang tersusun. Hantaran direct channel yang banyak tertumpu kepada sebelah kiri kubu Pahang berjaya dimanfaatkan oleh pemain lawan yang bijak datang dari blind side seterusnya meledak kencang untuk menewaskan Nasril Nourdin. Ahmad khairil Anuar (Beto) yang menunjukkan persembahan yang baik ketika mewakili skuad bawah 22 negara tempoh hari ternyata menyukarkan fokus benteng pertahanan Pahang dan buktinya beliau berjaya mencetak nama sebagai penjaring gol. Jaringan penyamaan beliau jelas meningkatkan tempo serangan tuan rumah dan Pahang dilihat agak tertekan di sekitar minit ke 80 permainan. Kemasukan Mohd Helmi dilihat berjaya menyerap serangan dari sebelah kiri benteng Pahang dan sesekali berjaya melancarkan serangan seterusnya memperlahankan tempo serangan lawan.

Gol kemenangan Pahang hadir pada masa kecederaan dan Volas sekali lagi membuktikan beliau memiliki keupayaan yang baik di udara apabila menanduk kencang menewaskan Mohd Hafizul seterusnya merekodkan hat-trick pertama dalam saingan Liga Super selepas 7 perlawanan.

Secara kesimpulan, game plan Pahang melalui kepelbagaian hantaran dilihat berjaya untuk pull-out posisi lawan bagi melebarkan ruang kosong sebelum bola di   salurkan di kedua-dua sayap pasukan. Pacheco dilihat mengekalkan posisinya sebagai back-up striker dan tidak meninggalkan Volas keseorangan dihadapan. Penampilan Zesh di bahagian tengah sedikit memberi impak dan beberapa kali menjadi ball winner untuk disalurkan kepada Pacheco dan Volas. Meskipun berjaya melakar kemenangan pertama selepas 630 minit permainan, 18 gol yang dibolosi (7 perlawanan liga) jelas membuktikan skuad ini masih perlu memperbaiki kelemahan yang ada pada setiap department. Purata sebanyak 2.57 gol yang dibolosi setiap perlawanan liga perlu segera di atasi agar misi untuk menjadi antara 11 pasukan terbaik selepas pusingan pertama Liga Super berakhir bakal menjadi kenyataan.

Foto: Facebook Pahang FC

 

 

Oesandro
[ "There's football adrenaline inside circulatory system of my body hence rush my passion in synthesizing the local football scene" ] -Follow @oesandro25 (Twitter)-

2 thoughts on “[REVIEW] Perak 3-4 Pahang

Leave a Reply

Top