Anda di sini
Laman Utama > 100plus Liga Premier > Kuantan FA kecundang di bumi Melaka

Kuantan FA kecundang di bumi Melaka

Foto : FB Kuantan FA

Seakan terkesan dengan ketiadaan Ketua Jurulatih mereka di bangku simpanan, Kuantan FA mengalami kekalahan kali kedua berturut-turut dan kali ini dengan Melaka United dalam aksi 100plus Liga Premier di Stadium Hang Jebat sebentar tadi.

Zulhamizan Zakaria menurunkan barisan yang hampir sama ketika tewas di tempat sendiri di tangan pendahulu liga Kuala Lumpur Isnin lepas berikutan dua tonggak Hazuan Daud dan Shunsuke Nakatake yang masih lagi cedera.

Melaka United yang beraksi dihadapan penonton sendiri nampak bersemangat apabila mendahului Kuantan FA pada minit ke 9 berpunca dari sepakan penjuru oleh Balsa Bozovic dan disempurnakan oleh Spasojevic.

Selepas permainan berlangsung sehingga minit 15 barulah Kuantan FA mendapat rentak dan berjaya membuat dua percubaan oleh Srdjan dan Hazwan Fakrullah.

Separuh masa pertama Melaka United lebih banyak menguasai permainan namun ketangkasan penjaga gol Kuantan FA, Zairie berjaya menidakkan beberapa peluang keemasan Melaka United termasuklah sepakan percuma dari Balsa Bozovic.

Babak kedua menyaksikan Kuantan FA mula mencari gol penyamaan dan akhirnya berhasil melalui penyerang importnya Dao Bakary yang menanduk masuk bola dari hantaran Ljuba Baranin yang melakukan balingan jauh ke dalam kotak penalti.

Selang 6 minit kemudian, Melaka United mendahului sekali lagi juga melalui Spasojevic yang menanfaatkan hantaran dari Labinot Harbuzi untuk mereka mendahului dengan keputusan 2-1.

The Seagull kemudiannya berjaya menyamakan kedudukan menjadi 2-2 apabila Malik Arif menjaringkan gol melalui sepakan voli sebelum pemain gantian Melaka United, Nursyamil Abdul Ghani menamatkan sisa-sisa perjuangan Kuantan FA apabila menjaringkan gol kemenangan pada minit ke 89 untuk tuan rumah memperolehi 3 mata berharga.

Keputusan lain :
UiTM FC 2 – 2 ATM
Kuala Lumpur 2 – 1 DRB-Hicom FC
JDT II 2 – 0 Perlis
N.Sembilan 4 – 3 PKNS FC
Sabah 1 – 0 Sime Darby FC

mrcipizs
MyPassion with MyStyle..

Leave a Reply

Top