Anda di sini
Laman Utama > Berita > Hatrik Volas gembirakan Pahang

Hatrik Volas gembirakan Pahang

Foto : FB Pahang FC

Impian Pahang untuk membawa pulang 3 mata di Ipoh tercapai selepas menewaskan Perak di tempat lawan dalam saingan Liga Super di Stadium Perak apabila pemain import dari Slovakia Dalibor Volas menjaringkan hatrik sebentar tadi.

Razip Ismail banyak melakukan pertukaran setelah Saifulnizam cedera dan melakukan tindakan berani dengan menggandingkan Fauzi Roslan dan Faisal Rosli di bahagian sayap manakala pemain muda Asyar Al Hafiz mendapat debut pertamanya.

Perak mendapat gol awal melalui Vokhid Shodiev yang merembat dari luar kotak penalti pada minit ke 8 tetapi disamakan dengan gol jaringan Dalibor Volas yang menanduk masuk gol hasil hantaran sepakan percuma German Pacheco pada minit ke 13.

Permainan yang seakan-akan tamat dengan keputusan 1-1 pada separuh masa pertama nyata meleset apabila Volas sekali lagi menjaringkan gol hasil dari suasana kelam kabut di hadapan pintu gol Perak dua minit sebelum tamat perlawanan menjadikan kedudukan 2-1 pada separuh masa pertama.

Bersambung babak kedua, Perak menggandakan asakan dan berjaya mendapat gol penyamaan melalui Elias yang merembat bola di dalam kotak penalti menewaskan Nasril Nourdin.

Permainan semakin rancak dengan kedua-dua pasukan saling menyerang tetapi Pahang kembali mendahului melalui German Pacheco yang memanfaatkan hantaran lintang Matthew Davies untuk menanduk ke gawang menewaskan Hafizul Hakim.

Pesta gol di Ipoh semakin hangat apabila pemain tengah bawah 22 tahun negara melakukan larian solo melepasi kawalan dua pemain pertahanan Pahang untuk menewaskan Nasril menjadikan kedudukan kembali terikat 3-3.

Volas akhirnya menjadi wira Tok Gajah pada malam ini dengan menjaringkan gol pada minit-minit terakhir perlawanan apabila menanduk masuk bola hasil sepakan penjuru yang diambil oleh Pacheco.

Kemenangan ini merupakan 3 mata pertama bagi Pahang namum belum cukup untuk melepaskan diri dari zon penyingkiran.  Pahang kini berkongsi mata dengan Perak tetapi dipisahkan dengan perbezaan jaringan.

mrcipizs
MyPassion with MyStyle..

Leave a Reply

Top