Anda di sini
Laman Utama > 100plus Liga Premier > [PREVIEW] Melaka United vs Kuantan FA

[PREVIEW] Melaka United vs Kuantan FA

Kuantan FA berhadapan satu lagi ujian getir apabila bakal turun di Stadium Hang Jebat, Melaka dalam usaha meneruskan misi untuk layak ke saingan Piala Malaysia musim ini. Berada pada kedudukan ke-7 liga selepas 6 perlawanan, Kuantan FA dilihat agak sukar merealisasikan misi untuk mencipta 3 mata pada perlawanan malam esok ditambah dengan kecederaan pemain importnya, Shunsuke Nakatake serta penggantungan jurulatihnya, Zulhamizan Zakaria.

Kebangkitan semula skuad Hang Tuah selepas membenam cabaran skuad UiTM FC (3-1) di gelanggang sendiri Selasa lalu jelas membuktikan bahawa skuad ini turut memasang impian untuk membuat penampilan di pentas Piala Malaysia apabila kali terakhir skuad ini berbuat demikian  pada tahun 2009 iaitu kira-kira 7 tahun yang lalu. Skuad kendalian Mat Zan Mat Aris ketika ini berada pada kedudukan ke-3 liga dengan mengumpul 12 mata dan masih mengekalkan rekod tanpa kalah selepas 6 perlawanan.

 

wp-1460015076107.jpg
R Surendren pada aksi pra musim yang lalu.

Aksi  bertenaga yang ditampilkan skuad ini pada pertemuan Selasa lalu dicetuskan oleh penampilan pertama (debut) salah seorang tonggak importnya, Labinot Harbuzi yang terpaksa diketepikan akibat kecederaan pada awal musim. Penampilan pertama beliau bersama skuad ternyata memberi impak yang positif apabila meledak satu jaringan serta turut terlibat dalam mencipta gerakan gol pertama dan ketiga oleh Illija Spasojevic yang turut berjaya menamatkan kemarau jaringan selepas 7 perlawanan (all competitions). Penglibatan bekas pemain Pahang, R. Surendran sepanjang 90 minit pada perlawanan itu turut mencuri tumpuan apabila berjaya membantu dalam penghasilan gol ketiga melalui hantaran tepat  di sebelah kiri pintu gol UiTM FC. Gandingan beliau bersama Wan Amirul Afiq disebelah sayap kanan nyata efektif dan bakal memberi lebih banyak ancaman buat kubu Kuantan FA nanti.

Bagi skuad The Seagulls pula, kekalahan di tempat sendiri ke atas Kuala Lumpur jelas mengecewakan apabila terlebih dahulu berada dihadapan melalui gol tunggal Dao Bakary pada separuh masa pertama. Deretan peluang yang tercipta terutamanya pada separuh masa kedua permainan menunjukkan rangkaian serangan Kuantan FA masih efektif cuma kesempatan ini perlu diterjemahkan dengan jaringan untuk sekurang-kurangnya pulang dengan satu mata pada aksi malam esok.

Secara kesimpulannya, perlawanan malam esok pasti menjanjikan aksi yang mendebarkan dan dijangka menarik, lebih-lebih lagi dengan sambutan yang amat baik oleh warga Melaka yang setakat ini memberikan sokongan yang padu di stadium pada setiap perlawanan yang melibatkan pasukan mereka di Stadium Hang Jebat. Meskipun ramalan di atas kertas mungkin memihak kepada pasukan tuan rumah, namun Kuantan FA masih berpeluang untuk bangkit dan mencipta kejutan dengan memadam rekod bersih skuad Melaka United ini sebelum ini.

Selamat berjuang buat Kuantan FA.

Barisan kemungkinan (Ramalan TGC):

IMG-20160407-WA0015

 

Oesandro
[ "There's football adrenaline inside circulatory system of my body hence rush my passion in synthesizing the local football scene" ] -Follow @oesandro25 (Twitter)-

Leave a Reply

Top