Anda di sini
Laman Utama > Berita > Tok Gajah terus buntu cari 3 mata.

Tok Gajah terus buntu cari 3 mata.

Episod kekalahan dan kebuntuan Pahang FC untuk mendapatkan kemenangan pertama dalam saingan Liga Super terus berpanjangan apabila tewas di tempat sendiri ke atas pasukan PDRM dengan keputusan 0-2 sebentar tadi.

Pertama kali mengendali pasukan dalam perlawanan rasmi setelah mengambil alih dari Ahmad Shaharuddin Rosdi, Ketua Jurulatih baru Pahang FC Razip Ismail mengubah sedikit taktikal apabila meletak Zesh Rehman di bahagian tengah untuk bergandingan dengan Salomon Raj manakala Faizal Mat Rani menggantikan Faisal Halim yang cedera dan kembalinya Fauzi Rolan dari kecederaan panjang.

PDRM yang dibimbing Fauzi Pilus lebih banyak menyerang dengan pasukan tuan rumah hanya sekali sekala menyerang dan berjaya meletakkan mereka di hadapan melalui Safwan Baharuddin yang menanfaatkan suasana kelam kabut di hadapan pintu gol Pahang FC untuk mendahului sehingga tamat separuh masa pertama.

Bersambung pada babak kedua, Pahang FC lebih agresif untuk mencari gol pernyamaan tetapi gagal mencari gol yang diperlukan melalui gandingan penyerang Fauzi Roslan dan German Pacheco.

Sebaliknya, PDRM berjaya menambah gol melalui sepakan penalti pada minit ke 76 melalui Ali Ashfaq setelah Nasril Nourdin menjatuhkan salah seorang pemain PDRM di dalam kotak penalti.

Kedudukan kekal sehingga tamat perlawanan dengan Pahang FC kekal di tangga tercorot liga tanpa sebarang kemenangan dan kekal berada dalam zon bahaya untuk tidak layak ke Piala Malaysia.

Pahang FC : Nasril Nourdin (PG), Nejc Potokar, Saifulnizam (Shah Amirul), Matthew Davies (K), Faisal Rosli, Zesh Rehman, Salomon Raj, Faizal Rani, D Saarvindran (Dalibor Volas), Fauzi Roslan (Mohd Shahrizan), German Pacheco

PDRM : Muhd Haziq (GK), K Reuben, Mohd Faizal (K), Ali Ashfaq, Safwan Baharuddin, Mohd Fekry (Mohd Azrul), Kanote Saleymone, Amir Saiful, Christopher Keli (Mohd Hazsafiq), Eduardo, Ahmad Nizam (Khairul Izuan)

Keputusan lain :

JDT I 2 – 1 Perak
Selangor 2 – 2 Kedah
P.Pinang 1 – 2 Sarawak
TTeam 4 – 2 Kelantan

mrcipizs
MyPassion with MyStyle..

Leave a Reply

Top