Anda di sini
Laman Utama > Liga Super > [PREVIEW] Pahang vs PDRM

[PREVIEW] Pahang vs PDRM

Perlawanan Liga Super kini diteruskan membabitkan perlawanan ke-6 selepas berehat hampir 3 minggu bagi memberi laluan kepada International break baru-baru ini. Pahang bakal turun melayani kunjungan PDRM Selasa ini dalam usaha untuk mencatatkan keputusan positif seterusnya memperbaiki kedudukan liga ketika ini.

Prestasi semasa: Meskipun tewas ke atas JDT pada saingan suku akhir Piala FA baru-baru ini, 2 gol yang berjaya dihasilkan di Larkin seakan-akan membuktikan pasukan ini memiliki rangkaian strike force yang baik dan bakal memberi ancaman buat benteng pertahanan skuad Tok Gajah nanti. Gandingan Ashfaq Ali, Safuwan Baharudin dan Adrenziho ternyata berkesan dalam mencipta jaringan serta keupayaan Ahmad Nizam untuk memanfaatkan sepakan percuma bakal ditagih pada perlawanan ini nanti.

Buat pasukan Pahang, 2 perlawanan persahabatan tempoh hari di bawah kendalian jurulatih baharu, Razip Ismail jelas menguji karakter para pemainnya dan memperlihatkan Zesh Rehman kembali diletakkan sebagai defensive midfielder pada perlawanan itu.

Kecederaan pemain: Faisal Halim yang mengalami kecederaan ketika bertemu Felda United di Jengka Mac lalu masih belum pasti akan diturunkan pada perlawanan ini dan kekosongan posisi pemain ini bakal di isi oleh Faizal Rani atau Fauzi Roslan.

Rekod pertemuan: Musim lalu jelas keputusan memihak kepada Pahang apabila memenangi kedua-dua perlawanan di Kuantan dan di Shah Alam.

Kesimpulan: Perlawanan ini bakal menjadi tugas pertama (perlawanan kompetitif) Razip Ismail untuk membuktikan kemampuan beliau dalam membawa pasukan Pahang ke satu aras yang lebih baik. 4 perlawanan dari 7 perlawanan (all competitions) menunjukkan Pahang dibolosi pada awal permainan dan membuktikan department para pemain sukar untuk menyesuaikan tempo permainan yang mana menjejaskan peluang untuk settle down di awal permainan separuh masa pertama.  Peluang untuk mencipta kemenangan pertama masih ada namun para pemain perlu berwaspada dengan ancaman break attack pasukan lawan yang jelas terbukti pada perlawanan sebelum ini.

Menjelang perlawanan ke-6 dari 11 perlawanan (pusingan pertama Liga super), Pahang perlu bangkit tatkala perjalanan liga sudah menghampiri 28% destinasinya. Ayuh jadikan perlawanan ini medan untuk kebangkitan agar sekurangnya-kurangnya kita masih lagi signifikan di pentas Piala Malaysia nanti.

Barisan kemungkinan (ramalan TGC):

Line up vs PDRM

 

Oesandro
[ "There's football adrenaline inside circulatory system of my body hence rush my passion in synthesizing the local football scene" ] -Follow @oesandro25 (Twitter)-

Leave a Reply

Top