Anda di sini
Laman Utama > 100plus Liga Premier > KL sekat misi Kuantan FA

KL sekat misi Kuantan FA

Misi Kuantan FA untuk memecahkan rekod tanpa kalah Kuala Lumpur tidak kesampaian apabila tewas 1-2 pada pendahulu liga itu dalam perlawanan 100plus Liga Premier di Stadium Darulmakmur malam tadi.

The Seagull yang sebelum ini dikejutkan dengan penggantungan Ketua Jurulatihnya Zulhamizan Zakaria turun tanpa dua tonggak iaitu pemain import Jepun Nakatake Shunsuke dan Mohd Hazuan Daud yang mengalami kecederaan.

Permainan yang seimbang ditunjukkan oleh kedua-dua pasukan namun Kuantan FA terlebih dahulu mendahului melalui Dao Bakary pada minit ke 21 melalui tandukan hasil hantaran silang Shahrul Aizad dan keputusan itu kekal sehingga tamat separuh masa pertama.

Kuala Lumpur yang mahukan kemenangan supaya dapat terus menguasai takhta liga terus mengasak kubu Kuantan FA dan hasilnya berjaya mendapat gol pernyamaan melalui pemain import Arruda Da Silva yang menanfaatkan kealpaan pertahanan tuan rumah yang gagal mengeluarkan gol dari kawasan bahaya.

Apabila perlawanan seakan-akan berakhir dengan seri, Zhafri Yahya menngecewakan 500 penonton tuan rumah apabila sepakan lambungnya menewaskan Zairi Hafiezi untuk pasukan bimbingan Ismail Zakaria mengutip tiga mata berharga untuk terus memimpin carta.

Keputusan ini menyaksikan Kuantan FA turun ke tangga ke 7 dengan 8 mata berbeza 4 mata dengan Kuala Lumpur yang mengutip 14 mata setelah melalui 6 perlawanan.

Kuantan XI : Mohd Zairi Hafiezi (PG), Ljubo Baranin, Muhammad Ilham (K), Srdjan Vidakovic (Khairul Azman), Abdul Malik (Rafizi Zahari), Mohd Shahrul Aizad (Mohd Fiqri), Dao Bakary, Abdul Wafiy, Mohd Kamal, Norfahmie Hadzirin, Hazwan Fakhrullah.

Kuala Lumpur XI : Leornardo Moreira, Fahrul Razi (Muhammad Arif), Isma Alif, Konte Modibo, Ahmad Azlan (K), Zhafri Yahya, Helmi Rameli, Badrul Zaman, Anselmo Arruda (Naim Nazmi), Muhamad Hafiz (Rashid Aya), Mario Karlovic

Keputusan Lain :

PKNS FC 3 – 3 JDT II

DRB-Hicom FC 2 – 2 Perlis

ATM 1 – 2 Sabah

Sime Darby 0 – 4 Negeri Sembilan

 

mrcipizs
MyPassion with MyStyle..

Leave a Reply

Top