Anda di sini
Laman Utama > 100plus Liga Premier > Hukuman itu terlalu berat – Zulhamizan

Hukuman itu terlalu berat – Zulhamizan

Ketua Jurulatih Kuantan FA ternyata terkejut dengan keputusan Jawatankuasa Tatatertib FAM pada hari Rabu yang menggantungnya dari terlibat dalam perlawanan bolasepak selama 7 bulan dan denda gara-gara tindakannya yang mengeluarkan kata-kata kesat serta menunjukkan isyarat lucah terhadap pengadil perlawanan dalam dua perlawanan terdahulu.

Beliau yang dilantik menjadi Ketua Jurulatih pada musim ini setelah membantu Kuantan FA kekal di Liga Premier mahu mengemukakan rayuan bagi mengurangkan tempoh penggantungan kerana hukuman ini bakal menggugat prestasi pasukan yang ketika ini berada di landasan terbaik untuk layak ke Piala Malaysia pada musim ini.

Menurut Zulhamizan dalam reaksinya yang disiarkan dalam Berita Harian, beliau juga akan meminta bantuan khidmat peguam menerusi Persatuan Jurulatih-Jurulatih Bolasepak Malaysia.

“Sebenarnya saya terkejut apabila dimaklumkan dengan keputusan jawatankuasa itu yang mengenakan hukuman penggantungan sehingga tujuh bulan termasuk denda.
Dalam hal ini, saya akan mengemukakan rayuan untuk memastikan hukuman ini dapat diringankan supaya saya dapat mengendalikan pasukan.
Saya juga akan mendapatkan bantuan daripada Persatuan Jurulatih-Jurulatih Malaysia dan khidmat peguam ,”

Ljuba
Ljuba Baranin

Dalam pada itu, pemain import Kuantan FA, Ljuba Baranin juga tidak menyangka hukuman yang berat dikenakan kepada Zul dan berharap pihak pengurusan akan mengemukan rayuan tetang kes ini.

“Bagi saya hukuman ini tidak baik untuk kemajuan bolasepak di Malaysia kerana Zulhamizan merupakan jurulatih yang baik dan muda.
Hukuman penggantungan 7 bulan agak berat kerana setiap jurulatih kadang-kala akan melakukan tindakan yang salah kerana mereka mahukanpasukan mereka berjuang untuk mendapatkan kemenangan.
Sedangkan jurulatih ternama dunia pun juga melakukan perkara yang sama tetapi tidak menerima hukuman seberat ini.
Tetapi, saya dan rakan sepasukan tidak menggangap perkara ini akan mengganggu pasukan kerana kami kini mempunyai satu motivasi iaitu bermain untuk Ketua Jurulatih kami.
Kami akan terus bersikap profesional, fokus pada latihan dan perlawanan yang mendatang kerana sekarang kami prestasi yang terbaik dan itu yang mahu kami kekalkan”.
Berikutan penggantungan ini, Zulhamizan akan mengendalikan pasukan dari tempat duduk penonton dan dengan tempoh 7 bulan bermakna perkara ini akan berterusan sehingga tamat saingan Liga Malaysia.
Melihat pada kedudukan ini, dijangka penolong jurulatih Kuantan FA, Mohd Shukri bin Ismail akan mengambil alih tanggungjawab mengendalikan pasukan dari bangku simpanan.
mrcipizs
MyPassion with MyStyle..

Leave a Reply

Top