Anda di sini
Laman Utama > 100plus Liga Premier > Zulhamizan digantung 7 bulan

Zulhamizan digantung 7 bulan

Kecemerlangan Kuantan FA sehingga 5 perlawanan dalam saingan 100plus Liga Premier bakal tergugat setelah Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menerusi mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib FAM pada 30 Mac 2016 (Rabu) telah membuat keputusan menggantung Ketua Jurulatihnya Zulhamizan Zakaria selama 7 bulan bermula tarikh keputusan dikeluarkan.

Ini berikutan dua tindakan Jurulatih itu yang mengeluarkan kata-kata kesat serta menunjukkan isyarat lucah terhadap pengadil perlawanan semasa perlawanan Liga Premier menentang UiTM FC dan Piala FA menentang Perak.

Dalam kedua-dua perlawanan tersebut, pengadil perlawanan mengarahkan Zulhamizan meninggalkan bangku simpanan setelah mendapat aduan dari pembantu pengadil keempat.

 

Zul gantung

Selain digantung, Zulhamizan juga didenda sebanyak RM3,000 dan diberi hukuman lebih berat jika mengulangi kesalahan yang sama.

Walaubagaimanapun, beliau dibenarkan membuat rayuan dalam masa 10 hari dari keputusan dibacakan.

Kami akan cuba mendapatkan respon dari pihak Kuantan FA berikutan keputusan ini.

mrcipizs
MyPassion with MyStyle..

Leave a Reply

Top