Anda di sini
Laman Utama > Liga Super > [PREVIEW] Felda United vs Pahang

[PREVIEW] Felda United vs Pahang

Misi yang terlalu sukar, namun bukanlah mustahil. Itu adalah gambaran mengenai perlawanan yang bakal dihadapi skuad Tok Gajah berhadapan pasukan The Fighters malam ini di Stadium Tun Abdul Razak, Bandar Pusat Jengka.

Rekod pertemuan: Pertemuan aksi liga bagi musim 2015 memihak kepada Pahang apabila berjaya melakar kemenangan 0-1 di tempat lawan dan hanya mampu berkongsi mata dengan kedudukan 2-2 di Stadium Darul Makmur.

Prestasi dan situasi semasa: Senario yang berlaku ke atas kem Pahang sejak beberapa hari ini jelas memberi tekanan buat pasukan untuk mencipta kemenangan pertama dalam saingan liga.

Situasi yang tertekan ini pasti akan dimanfaatkan anak-anak buah Irfan Bakti untuk mencipta kemenangan setelah tewas dalam aksi liga ke atas JDT dan PKNS dalam saingan Piala FA tempoh hari.

Bagi skuad Pahang pula, kekalahan demi kekalahan yang direkodkan nyata meresahkan penyokong setianya apabila Pahang kini menghuni tangga terakhir liga dengan hanya mengumpul 1 mata dan mencatatkan 11 kali bolos.

Pemain tumpuan: Hadin Azman, Zah Rahan Krangar dan Lutfulla Turaev bakal mencuri tumpuan pada perlawanan ini apabila gandingan ini sudah merekodkan jaringan buat pasukan Felda United sambil Francis Forkey Doe turut dilihat mampu mengancam kubu pasukan Pahang nanti.

Kesimpulan: Felda United yang dilihat mempunyai kekuatan di setiap bahagian dan di tambah dengan elemen kekuatan taktikalnya dilihat mempunyai kelebihan dalam perlawanan ini.

Disebalik kemelut yang berlaku kepada kem Pahang kebelakangan ini, para pemain dituntut untuk terus memberi persembahan terbaik bagi menghadapi misi yang sukar ini.

Doa dan harapan masih bersama kalian.

Oesandro
[ "There's football adrenaline inside circulatory system of my body hence rush my passion in synthesizing the local football scene" ] -Follow @oesandro25 (Twitter)-

Leave a Reply

Top