Anda di sini
Laman Utama > Berita > Pahang FC terus kempunan 3 mata

Pahang FC terus kempunan 3 mata

Foto : FB Pahang FC

Pahang FC masih lagi kempunan untuk memperolehi 3 mata pertama apabila tewas pada pasukan Felda United dengan jaringan 0-2 dalam saingan Liga Super di Stadium Tun Razak, Jengka sebentar tadi.

Menurunkan Shafie Zahari sebagai penyerang dengan Shah Amirul digandingkan bersama Salomon Raj di bahagian tengah dengan Faisal Rosli mengambil tempat Shahrizan di bahagian pertahanan kiri dan ketua pasukan Zesh Rehman masih cedera.

Pahang FC bermula garang dengan serangan bertali arus oleh Faisal Halim dan D Saarvindran pada 10 minit pertama tetapi gagal mencari gol.

Kecederaan Faisal Halim menyebabkan beliau dikeluarkan pada minit ke 16 dan selepas itu, Felda United mula mendapat rentak untuk menyerang.

Gol yang dicari oleh Felda akhirnya diperolehi melului Forkie Doe hasil sepakan percuma leret yang mudah menewaskan penjaga gol Pahang FC Muhammad Saufi.

Bersambung babak kedua, Felda United tampak lebih banyak menyerang dengan Pahang FC sekali sekala melakukan gerakan merbahaya.

Felda United kemudiannya melebarkan jurang kedudukan kepada 2-0 hasil jaringan sendiri pertahanan Pahang Nejc Potokar akibat salah faham antara beliau dengan penjaga gol.

Kedudukan kekal sehingga tamat perlawanan dengan Pahang FC kekal di tangga tercorot liga dengan satu mata dan masih lagi memburu kemenangan pertama.

mrcipizs
MyPassion with MyStyle..

Leave a Reply

Top