Anda di sini
Laman Utama > Berita > Hasrat penyokong Pahang ber’awayday’ ke Kuching terkubur

Hasrat penyokong Pahang ber’awayday’ ke Kuching terkubur

Foto : Reuters

Bagi penyokong Pahang yang sedang berkira-kira untuk membeli tiket penerbangan ke Kuching, Sarawak bagi menyaksikan perlawanan Liga Super antara Sarawak dan Pahang FC pada 23 April ini dinasihatkan untuk melupakan hasrat itu.

Ini kerana semalam melalui laman sosial Facebook rasmi Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah memberi berita yang kurang menggembirakan apabila mengumumkan bahawa perlawanan tersebut perlu dilangsungkan tanpa penonton.

Sebelum itu, semasa mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib FAM pada 4 Mac 2016 (Jumaat) keputusan berikut antaranya telah dibuat :

Tindakan penyokong pasukan Sarawak yang telah membakar mercun, melontar objek ke dalam trek dan melontar batu ke arah bas pasukan Felda United serta kereta pegawai perlawanan selepas tamat perlawanan Liga Super 2016 antara pasukan Sarawak menentang pasukan Felda United di Stadium Negeri, Kuching pada 16 Februari 2016.

  • Persatuan Bolasepak Sarawak telah didapati bersalah kerana melanggar ‘Artikel 70 Kod Tatatertib FAM 2015’ berkenaan ‘Tanggungjawab bagi kelakuan penonton’ & ‘Artikel 68 (c) Kod Tatatertib FAM 2015’ berkenaan ‘Penganjuran perlawanan’ dibaca bersama dengan ‘Artikel 69.2 Kod Tatatertib FAM 2015’ berkenaan ‘Kegagalan mematuhi’ dan dikenakan hukuman berikut:

i.   Didenda sebanyak RM25,000.00 dan bermain dua perlawanan tanpa penonton di   gelanggang sendiri seperti berikut:

  1. Perlawanan Liga Super 2016, pasukan Sarawak lawan pasukan Kedah pada 12 Mac 2016 di Stadium Negeri, Kuching; dan
  2. Perlawanan Liga Super 2016, pasukan Sarawak lawan pasukan T-Team pada 9 April 2016 di Stadium Negeri, Kuching.

ii. Diberi amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan yang sama.

Tetapi, setelah permohonan rayuan daripada Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) untuk menangguhkan hukuman tersebut didengar, FAM telah bersetuju untuk menganjak perlawanan yang terlibat untuk beraksi tanpa penonton kepada satu perlawanan sekaligus melibatkan Pahang FC.

Screenshot_2016-03-10-11-20-11-26

Sarawak sebelum ini pernah didenda bermain tanpa penyokong pada 2015 melibatkan perlawanan antara pasukan itu menentang Perak dalam saingan Piala Malaysia juga kerana tindakan liar penyokongnya semasa perlawanan sebelum itu.

mrcipizs
MyPassion with MyStyle..

Leave a Reply

Top