Anda di sini
Laman Utama > Berita > Bernhardt panggil 3 pemain Pahang FC

Bernhardt panggil 3 pemain Pahang FC

3 pemain Pahang FC antara 31 pemain yang mendapat panggilan Ketua Jurulatih Malaysia B22, Frank Bernhardt untuk menghadiri sesi latihan dan pemilihan pusat skuad Projek Sukan SEA 2017 bermula 14 Mac ini seperti diumum dalam laman web rasmi Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)

Pemain tersebut ialah Bek Kanan Matthew Davies dan dua pemain tengah iaitu Shah Amirul dan Mohd Faisal Halim dan mereka di diarahkan untuk melapor diri kepada Bernhardt di Wisma FAM, Kelana Jaya pada 14 Mac sebelum jam 2 petang.

Walaubagaimanapun, menurut Bernhardt kedudukan Matthew akan bergantung kepada Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Datuk Ong Kim Swee yang masih belum mengumumkan pemainnya.

“Kita telah menyaksikan banyak perlawanan terutamanya Liga Super dan Liga Premier kerana liga-liga lain masih belum bermula pada ketika itu dan kita telah menyenaraikan muka-muka baharu yang telah berjaya menarik perhatian.

Walaupun Piala Presiden baru saja bermula, kita sudah mengenal pasti beberapa pemain yang mempunyai kemahiran diperlukan pasukan daripada senarai yang terpilih dalam sesi latihan pemilihan pada bulan Januari lalu.

Keputusan muktamad berhubung Matthew Thomas Davies akan bergantung kepada tiada isu kecederaan skuad Harimau Malaysia di mana jika ketua jurulatih Datuk Ong Kim Swee memerlukan khidmatnya, saya akan melepaskan beliau untuk menyertai pasukan utama kebangsaan.

Kita akan menggunakan kedua-dua perlawanan ini sebagai perlawanan ujian untuk mencari kesebelasan pasukan dan juga menguji pemain-pemain di posisi berbeza. Saya mengharapkan persembahan dan perlawanan yang baik daripada para pemain”.

Skuad Malaysia U22 akan mengadakan dua perlawanan persahabatan menentang pasukan Filipina B-22 pada 23 Mac 2016 dan juga pasukan kebangsaan Nepal (27 Mac 2016) di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.

Shah Amirul sebelum ini pernah bermain untuk Harimau Muda B kendalian Razip Ismail manakala Matthew Davies sudah beberapa kali dipanggil beraksi untuk skuad kebangsaan dan bagi Faisal Halim ini adalah panggilan kali pertama.

 

mrcipizs
MyPassion with MyStyle..

Leave a Reply

Top