Anda di sini
Laman Utama > Berita > Selepas Fahrizal, Shah dan Azaruddin pula lepas jawatan

Selepas Fahrizal, Shah dan Azaruddin pula lepas jawatan

Selepas Ketua Pegawai Eksekutif, Fahrizal Hassan meletakkan jawatan dalam Pahang FC, kini pasukan itu menerima tamparan hebat dengan dengan berita peletakan jawatan Ketua Jurulatih Ahmad Shaharuddin Rosdi dan Penolong Jurulatihnya Azaruddin Aziz semalam.

Shah dan Azaruddin semalam telah menghantar surat peletakan jawatannya kepada Persatuan Bolasepak Pahang (PBNP) setelah desas desus mereka bakal disingkirkan jika tiada keputusan positif dicapai pada perlawanan Sabtu lepas.

Setiausaha Agung PBNP, Fuz zemi Ibrahim mengesahkan PBNP telah menerima surat tersebut tetapi menjelaskan bahawa keputusan peletakan jawatan itu bergantung kepada mesyuarat Exco PBNP yang dijangka diadakan pada hari Khamis ini.

Pada 6 Mac lepas, Farizal Hassan telah melepaskan jawatannya selaku Ketua Pegawai Eksekutif Pahang FC berkuatkuasa serta merta berikutan prestasi Pahang FC yang tidak menentu setelah hanya mengumpul satu mata dalam Liga Super dan tersingkir dari Superbest Power Piala FA Sabtu lalu keatas tangan Sime Darby pada Sabtu lalu.

Pengurus Pasukan Pahang FC, Dato’ Che Nasir Saleh kemudiannya mengumumkan Naib Presiden PBNP, Dato’ Akbar VV Abu dilantik sebagai Ketua Pengawai Eksekutif yang baru.

Bagi Jawatan Ketua Jurulatih pula, dua nama disebut-sebut untuk menggantikan tempat Shah iaitu bekas pengendali Kedah Ramon Marcote Pequeno dan bekas penjaga gol Piala Dunia Argentina Luis Islas.

mrcipizs
MyPassion with MyStyle..

Leave a Reply

Top