Anda di sini
Laman Utama > Pahang FA > [REVIEW PIALA FA] Pahang 0-1 Sime Darby

[REVIEW PIALA FA] Pahang 0-1 Sime Darby

Pahang terpaksa menelan pahit apabila tewas di gelanggang sendiri ke atas finalis Piala FA 2012 Sabtu lalu di Stadium Darul Makmur. Gol tunggal permainan hasil jaringan Syed Sobri memisahkan skuad Tok Gajah untuk mara ke pusingan suku akhir.

Separuh masa pertama:

PicsArt_03-07-12.41.04

Pahang memulakan separuh masa pertama dengan menampilkan sedikit kelainan antaranya membawa masuk Mohd Saufi menggantikan Nasril Nourdin, Saifulnizam Miswan yang bebas dari penggantungan, diletakkan sebagai centre back menggantikan Zesh yang mengalami kecederaan dan Shah Amirul pula diberi tanggungjawab mengemudi barisan tengah. Shafie Zahari juga mendapat tempat dalam kesebelasan utama dan dilihat berperanan sebagai centre forward. Mickey pula bermula di sayap kanan manakala Saarvindran di sebelah kiri dan gandingan ini mula bertukar menjelang minit 37 permainan.

Manakala Sime Darby pula membariskan kesemua pemain import dan mempertaruhkan Mateo Roskam di hadapan yang lebih berperanan sebagai back up striker kepada Mohd Faiz. Lee Gil Hoon pula bertindak sebagai enjin di bahagian tengah dan Frederic Pooda berperanan sebagai pelindung kepada back four pasukan.

Gol Awal: Masalah gol awal sekali lagi berulang dan meletakkan Tok Gajah berada dalam early pressure. Lewat untuk settle down sedikit sebanyak menggangu tempo perancangan permainan seterusnya meletakkan pasukan pelawat di hadapan. Gol yang dicipta pada minit ke-6 ini terhasil melalui tandukan kencang yang menewaskan Mohd Saufi. Kealpaan barisan benteng jelas mengundang kejutan ini apabila Syed Sobri yang datang dari blind side berjaya melonjak tinggi untuk melepaskan diri dari kawalan dan menyempurnakan crossing yang tepat oleh Mohd Rafizi yang turut kelihatan mempunyai banyak masa untuk mencipta hantaran yang tepat.

Taktikal disiplin: Selepas berjaya menjaringkan gol awal, jentera pertahanan Sime Darby dilihat semakin kemas seterusnya menambahkan tekanan buat jentera serangan Pahang. Tight marking Frederic Pooda ke atas Pacheco dilihat terlalu efektif dan kekal disiplin mengekori nadi utama skuad Tok Gajah ini.

Screenshot_2016-03-06-22-42-20
Pooda tight marking Pacheco, kedua-dua attacking flank Sime darby kekal disiplin berada dalam mode bertahan.
Screenshot_2016-03-06-22-44-10
Pacheco melancarkan serangan dan kelihatan kerap berada sebaris dengan Salomon dan Shah Amirul di half way line.

Kehadiran Pacheco yang lebih deep sehingga melewati half way line sedikit memberi impak buat Shafie yang kelihatan berseorangan untuk mencipta serangan tatkala barisan pertahanan lawan kekal disiplin formasinya. Deep lying defensive dan lebih kepada pressing di middle third area oleh Sime darby juga menambah tekanan buat jentera serangan untuk penetrate hole area untuk mencipta jaringan. Situasi ini nyata menyukarkan build up attack oleh rangkaian serangan Pahang namun turut berpeluang untuk mencipta shots tetapi dihalang oleh deretan barisan pertahanan lawan.

Screenshot_2016-03-06-22-46-15
Tight marking oleh Sime Darby menyukarkan lagi jentera serangan sambil barisan terakhir benteng lawan kekal organize. Pooda setia membayangi Pacheco dan shield back four.

Link up play Sime Darby kelihatan positif dan menyaksikan Mateo Roskam lebih banyak mengatur serangan di sebelah kiri pintu gol Pahang dan mendapat bantuan yang baik oleh Mohd Rafizi dan Lee Gil Hoon. Inisiatif attacking from the back oleh first men at the back (Saufi) perlu segera diperbaiki apabila dilihat sepakan golnya beberapa kali tersasar yang sedikit menggangu perancangan taktikal pasukan.

Separuh masa kedua:

Mickey terus kekal di sayap kiri dan beberapa kali dilihat cut in menuju centre 18 yards area, namun seakan buntu untuk mencipta peluang susulan yang boleh dimanfaatkan oleh Shafie. Pahang banyak menggandakan usaha untuk mencari gol penyamaan dan Pacheco berpeluang melepaskan sepakan selepas berjaya melepasi kawalan, namun sepakannya pada minit ke 51 berjaya ditepis penjaga gol lawan.

Pertukaran Mateo Roskam pada minit ke 54 meletakkan Lee Gil Hoon lebih berperanan sebagai back up striker dan kelihatan banyak mengatur serangan di sebelah kanan pintu gol Pahang. Kemasukan Mohd Nazarul dan Mohd Rizqi lebih kepada percaturan taktikal untuk meletakkan compact defending di area middle dan defensive third Sime Darby.

Minit ke 73, Pahang melakukan technical change apabila Volas di bawa masuk menggantikan Shah Amirul dan meletakkan Pacheco sebagai attacking mid sambil Shafie menemui gandingan baru di hadapan. Percaturan ini hampir membuahkan hasil apabila pada minit ke 83, Shafie memiliki peluang keemasan apabila hanya perlu menewaskan penjaga gol lawan, namun sepakannya dalam kotak penalti menuju tepat kepada Mohd Faridzuean.

Tamat perlawanan selepas 4 minit masa tambahan jelas mengecewakan dan Pahang terpaksa akur kehilangan baki 4 perlawanan kompetitif Piala FA seperti musim 2015 yang lalu.

Barisan pemain Pahang:

Saufi, Davies (C), Saifulnizam, Potokar, Shahrizan, Saarvindran, Shah Amirul, Salomon, Faisal Halim, Pacheco, Shafie

Simpanan: Nasril, Ridhwan, Volas (in), Faizal Rani (In), Faisal Rosli, Helmi, Ashar

 

Oesandro
[ "There's football adrenaline inside circulatory system of my body hence rush my passion in synthesizing the local football scene" ] -Follow @oesandro25 (Twitter)-

Leave a Reply

Top