Anda di sini
Laman Utama > Berita > Pengalaman jadi punca pemisah

Pengalaman jadi punca pemisah

Foto : FB Kuantan FA

Pengalaman yang ketara antara dua pasukan dikesan menjadi punca kekalahan Kuantan FA sekaligus tersingkir dari saingan Superbest Power Piala FA ditangan Perak pada Sabtu lalu.

Menurut Penolong Jurulatih Kuantan FA, Mohd Syukri bin Ismail pengalaman pemain-pemainnya masih cetek berbanding dengan Perak yang sedang beraksi di Liga Super ketika ini mengakibatkan mereka gagal menandingi pasukan itu terutama ketika membuat keputusan.

“Inilah bolasepak, apabila kita melakukan kita lakukan kesilapan yang tidak sepatutnya kita kan dihukum dan terutama apabila bermain dengan pasukan yang lebih berpengalaman seperti Perak.

Ini akan dijadikan pengajaran kepada pemain saya tetapi secara keseluruhannya saya berpuas hati dengan komitmen dan permainan pemain saya kerana mereka bermain bermati-matian sehingga tamat perlawanan tetapi kami kurang bernasib baik kerana tidak menemui sentuhan gol.

Bermain dengan pasukan berpengalaman apabila memberi ruang terlalu banyak kepada pihak lawan sudah pasti pemain akan menghadapi masalah di dalam permainan dan saya harap pemain akan belajar daripada kesilapan itu seperti membuat keputusan segera ketika memegang bola.

Ketiadaan pemain import tengah kami Srdjan juga memberi kesan dan kami harap beliau akan pulih dan bermain dalam perlawanan seterusnya”.

Srdan Vidakovic, pemain import Kuantan FA dari Croatia mengalami kecederaan semasa beraksi dalam perlawanan pertama Liga Perdana menentang Negeri Sembilan dan disisihkan hampir 3 minggu dan dijangka dapat beraksi semula pada perlawanan menentang DRB-Hicom nanti.

Dalam perlawanan yang diadakan di Stadium Perak itu, Kuantan FA gagal mengulangi kecemerlangan mereka seperti di pusingan kedua apabila tunduk kepada Perak hasil gol awal Vokhid Shodiev pada minit ke 3.

 

mrcipizs
MyPassion with MyStyle..

Leave a Reply

Top