Anda di sini
Laman Utama > Berita > Tiada wakil Pahang di suku akhir

Tiada wakil Pahang di suku akhir

Harapan peminat Pahang untuk melihat kedua-dua pasukan dari negeri itu meneruskan saingan diperingkat suku akhir Superbest Power Piala FA tidak kesampaian apabila kedua-duanya tewas pada lawan masing-masing sebentar tadi.

Di Stadium Darulmakmur, Pahang FC yang tewas 2 perlawanan berturut-turut di tempat sendiri meneruskan langkah sumbang mereka apabila tunduk kepada pasukan dari Liga Perdana, Sime Darby 0-1.

Tidak menurunkan kapten mereka Zeshan Rehman yang cedera, Pahang FC melakukan beberapa pertukaran dengan penjaga gol kedua Mohd Saufi di turunkan menggantikan Nasril dan kembali mendapat khidmat Saifulnizam yang digantung perlawanan sebelum ini.

Bagaimanapun Pahang FC tersentak apabila Sime Darby FC mendahului seawal minit ke 5 setelah tandukan Syed Sobri hasil hantaran Muhammad Rafizi menerjah jaring menewaskan penjaga gol Pahang FC, Mohd Saufi.

Walaupun Pahang FC kembali menguasai permainan selepas itu, namun tetap gagal mencari gol pernyamaan sehingga masa.permainan tamat.

Sementara itu di Stadium Perak di Ipoh, jaringan tunggal Vokhid Shodiev pada minit awal permainan sudah cukup untuk Perak menyingkirkan Kuantan FA dari saingan Piala FA.

Vokhid yang mendapat lorongan cantik dari Eric Weeks Lewis mudah menewaskan Zairi setelah meloloskan diri daripada beberapa pertahanan di dalam kotak penalti pada minit ke 5.

Keputusan 1-0 kekal sehingga wisel penamat ditiupkan oleh pengadil Zulkifli Ahmad menyaksikan Perak layak ke pusingan suku akhir.

mrcipizs
MyPassion with MyStyle..

Leave a Reply

Top