Anda di sini
Laman Utama > Pahang FA > [PIALA FA: PREVIEW] Pahang vs Sime Darby

[PIALA FA: PREVIEW] Pahang vs Sime Darby

Pusingan ketiga kejuaraan Piala FA bakal menemukan 2 pasukan yang sedang berada dalam fasa peralihan di mana memperlihatkan kedua-dua pasukan sedang bergelut untuk menemui rentak permainan sebenar. Meskipun pencapaian kedua-dua pasukan dalam aksi liga tidaklah segah pasukan-pasukan lain, namun medan kejuaraan ini bakal dimanfaatkan buat kedua-dua pasukan untuk memperbaiki pencapaian musim ini.

Prestasi semasa: Pahang yang tewas 3 aksi liga berturut-turut jelas menghadirkan tekanan buat para pemain untuk melakar kemenangan pada perlawanan ini di tambah lagi dengan rekod 11 kali bolos jelas menceritakan kerapuhan di benteng pertahanan. Manakala bagi skuad kendalian Ghani Malik pula, berada pada kedudukan ke 9 Liga Premier dengan mencatatkan 1 kemenangan, 1 kekalahan dan 2 kali seri dilihat turut menghadapi masalah untuk menyesuaikan adunan beberapa pemain baharu namun dilihat masih “berbahaya” berbekalkan reputasi jumlah jaringan yang agak besar yang berjaya direkodkan dalam 4 aksi liga.

Meskipun tewas dalam aksi terakhir di Stadium Hang Jebat baru-baru ini ketika pertemuan dalam aksi liga bertemu PKNS FC, corak permainan yang didokong oleh rata-rata pemain baharu dan muda, sedikit memperlihatkan kelainan dan hasilnya mereka berjaya di hadapan sebelum terpaksa akur tewas dengan keputusan 3-1.

Rekod pertemuan: Kali terakhir kedua-dua pasukan bertemu adalah dalam aksi Liga Super musim lalu apabila Pahang terpaksa bangkit untuk mencatat kemenangan 2-4 selepas ketinggalan 2-0 hasil jaringan 2 gol pantas Marko Perovic.

Pemain tumpuan: Adunan 4 pemain import Sime Darby bakal menjadi taruhan untuk mencipta kemenangan di Stadium Darul Makmur Sabtu ini. 4 tonggak import yang dimaksudkan antaranya ialah Ha Daewon di barisan pertahanan, Frederic Pooda dan Lee Gil Hoon di barisan tengah dan Mateo Roskam berperanan sebagai second striker. Lee Gil Hoon pula diberi peranan sebagai perancang utama pasukan manakala Frederic Pooda lebih berperanan sebagai shield kepada back four pasukan ini. Kehadiran Faiz Hanif di bahagian serangan perlu diberikan tumpuan di mana beliau dilihat mampu mengancam kubu tuan rumah dengan mempunyai larian yang pantas dan lebih berperanan sebagai centre forward ketika perlawanan di Stadium Hang Jebat tempoh hari.

Undian suku akhir: Peringkat suku akhir sekali lagi akan menjalani proses pengundian membabitkan 8 pasukan yang layak selepas perlawanan Sabtu ini. Sesi undian akan berlangsung pada 6 Mac, 9.30 pagi dan akan dibawakan siaran secara langsung menerusi saluran TV9 (slot Nasi Lemak Kopi O)- Sumber: Laman sosial mikro Football Malaysia @footballmasllp.

Kesimpulan: Pertemuan Sabtu ini pasti akan menjanjikan saingan yang sengit buat kedua-dua pasukan dalam mencari slot 8 terbaik bagi kejuaraan ini. Reputasi Sime Darby yang pernah melayakkan diri ke pentas akhir Piala FA musim 2012 bakal dijadikan azimat untuk mencipta kejutan di Kuantan Sabtu ini.

Barisan kemungkinan (Ramalan TGC):

LINEUP111457078782139

 

 

Oesandro
[ "There's football adrenaline inside circulatory system of my body hence rush my passion in synthesizing the local football scene" ] -Follow @oesandro25 (Twitter)-

Leave a Reply

Top