Anda di sini
Laman Utama > 100plus Liga Premier > Zairi azam julang Kuantan FA

Zairi azam julang Kuantan FA

Foto : FB Kuantan FA

Penjaga gol Kuantan FA, Mohd Zairi Hafiezi Idris mahukan musim pertamanya di Kuantan FA adalah medan terbaik untuk dia pamerkan bakatnya yang terbaik setelah sering disisihkan semasa mewakili pasukan laindalam saingan Liga Malaysia sebelum ini.

Pemain yang berasal dari Setiu, Terengganu ini menjadi penyelamat pasukan Kuantan FA ketika menentang pandahulu Liga Premier ketika itu UiTM FC dari menerima kekalahan apabila beraksi cemerlang menyelamatkan beberapa percubaan pihak lawan termasuk menyelamatkan sepakan penalti Pavel Purishkin dalam perlawanan tersebut.

Itu adalah kali kedua beliau menyelamatkan gawang melalui sepakan penalti setelah pernah melakukannya semasa pra musim menentang PDRM yang lalu dari sepakan yang dilakukan oleh pemain import PDRM Andrezinho.

Beliau yang pernah menyertai pasukan TTeam, Perlis dan Real Mulia FC berazam akan melakukan yang terbaik demi membawa Kuantan FA mencapai sasaran pengurusan iaitu berada di kedudukan ketiga terbaik dan layak ke Piala Malaysia.

“Bagi perlawanan pusingan ketiga Superbest Power Piala FA menentang Perak saya akan memberi aksi yang terbaik dan saya harap rakan-rakan sepasukan dapat meningkatkan lagi prestasi kerana lawan yang akan dihadapi bukan calang-calang pasukan dan kita sudah tahu pemain-pemain mereka bagus-bagus dan berpengalaman.

Persefahaman saya dan barisan pertahanan sudah semakin baik setelah mengharungi 5 perlawanan dan kami sentiasa tolong-menolong dan menegur kesilapan masing-masing.

Insya Allah, kami akan cuba untuk beraksi lebih baik supaya dapat mengurangkan bolos yang menjejaskan moral dan prestasi pasukan.”

20160302212637
Zairi ketika menjalani latihan. Foto : FB Kuantan FA

Kuantan FA bakal menghadapi tugas getir hujung minggu ini apabila akan bertandang ke Stadium Perak di Ipoh bagi menghadapi Perak dalam pusingan ketiga Superbest Power Piala FA setelah berhempas pulas menewaskan satu lagi pasukan Liga Super Pulau Pinang 4-2 dalam masa tambahan di pusingan kedua bulan lepas.

 

 

mrcipizs
MyPassion with MyStyle..

Leave a Reply

Top