Anda di sini
Laman Utama > 100plus Liga Premier > Minggu malang peminat bolasepak Pahang

Minggu malang peminat bolasepak Pahang

Peminat bolasepak Pahang mengalami situasi malang sepanjang minggu ini apabila kesemua wakil dari negeri ini gagal mendapat keputusan yang baik dalam saingan Liga masing-masing.

Bermula dengan Pahang FC yang turun sebagai tuan rumah kepada Selangor di Stadium Darulmakmur pada Sabtu yang menyaksikan Pahang FC tewas pada perlawanan tersebut dengan keputusan 1-3 walaupun mendahului pada permulaan perlawanan melalui Faisal Halim tetapi dinafikan kemenangan oleh Ronaldinho yang menjaringkan dua gol dan R Gopinathan untuk gol ketiga selepas itu.

Episod kekalahan berulang apabila Pahang FC sekali lagi tewas dalam perlawanan keempat Liga Super walaupun sekali lagi bermain di hadapan penonton sendiri kali ini ke atas Terengganu dengan keputusan 1-2. Dua gol awal Terengganu melalui Amirul Syahmi meranapkan impian Pahang FC untuk memburu kemenangan pertama walaupun cuba bangkit pada separuh masa kedua dengan gol tunggal jaringan Salomon Raj.

Pada Ahad, skuad Piala Belia kendalian Fahim Kow Abdullah yang turun untuk perlawanan pertama mereka menentang Pulau Pinang di Stadium Mini Majlis Daerah Pekan juga terpaksa akur pada pasukan pelawat yang menang melalui jaringan gol sendiri pemain Pahang Fakhrul Hakimi pada minit ke 28.

Kuantan FA yang berkunjung ke Kangar pada hari Isnin untuk menentang Perlis gagal mengulangi kecemerlangan mereka semasa menentang pendahulu liga UiTM FC 3 hari sebelum itu apabila terpaksa akur pada skuad Dollah Salleh dengan keputusan 0-1.

Hadir dengan ketiadaan beberapa tonggak seperti Hazwan Fakhrullah, Abdul Wafiy dan Abdul Malik serta Ketua Jurulatih Zulhamizan Zakaria yang tidak dibenarkan berada di bangku simpanan kerana insiden di Shah Alam menyaksikan mereka gagal memperolehi kemenangan moral yang diperlukan sebelum menghadapi Perak di Ipoh.

Sedikit menceriakan ialah keupayaan satu lagi pasukan dari Pahang yang beraksi di Piala FAM iaiatu Shahzan Muda yang berjaya mengikat pasukan tumpuan liga itu pada musim ini Air Asia All Star dengan keputusan 1-1 di Stadium Darulmakmur.

Air Asia All Star pada musim ini dibimbing oleh Nizam Jamil dibarisi oleh beberapa pemain pengalaman seperti Syamsuri Mustapa, Reesayafiq Alwi, Badrul Husaini dan Kyril Muhaymen gagal menjinakkan Shahzan Muda kendalian Tajuddin Noor.

Pada petang ini, skuad Piala Presiden pula akan turun untuk perlawanan pertama mereka di Padang Majlis Daerah Rompin, Muadzam Shah menentang Perak pada jam 4.45 petang. Pada musim ini bekas pemain Pahang yang juga bekas Ketua Jurulatih Piala BElia 2015, Shahrulnizam Mustapa akan mengendalikan skuad Piala Presiden.

Semoga satu keputusan positif diperolehi. Ayuh, kita bagi sokongan!

mrcipizs
MyPassion with MyStyle..

Leave a Reply

Top