Anda di sini
Laman Utama > Liga Super > [PREVIEW] Pahang vs Terengganu

[PREVIEW] Pahang vs Terengganu

Bagaikan Sang Harimau yang terluka. Itu adalah gambaran yang tepat bagi kedua-dua pasukan yang akan bertemu dalam pertarungan East Coast Derby malam ini di Stadium Darul Makmur,Kuantan. Kedua-dua pasukan yang tewas di gelanggang sendiri pada aksi liga sebelum ini nyata ingin bangkit dan memadam episod duka seterusnya kembali menjadi pasukan gergasi Pantai Timur.

Prestasi semasa: Skuad Tok Gajah dilihat berada pada kemerosoton prestasi apabila masih belum mampu melakar kemenangan dalam aksi liga berbanding Terengganu  dan tekanan kini terarah buat pasukan tuan rumah dalam mencipta kemenangan pertama musim ini (Liga Super). Meskipun keputusan perlawanan yang tidak memihak kepada Pahang, namun aksi yang disajikan pada perlawanan bertemu Selangor sebelum ini dilihat semakin baik dan harapan agar jentera tengah lebih fokus dalam membantu pasukan ketika bertahan. Kemampuan para pemain untuk cepat settle down dan tidak dibolosi di awal permainan perlu dikekalkan dan diperkemaskan dalam pertemuan ke-empat Liga Super.

Bagi pasukan kendalian Mike Mulvey pula, kekalahan kepada pasukan JDT tempoh hari bakal dijadikan medan kebangkitan pasukan ini untuk terus mencabar pasukan di persada liga. Terengganu yang turun dengan formasi 4-2-3-1 Sabtu lalu dilihat lebih menyegat pada separuh masa kedua permainan dan menyaksikan Norshahrul Idlan Talaha lebih banyak beraksi di sebelah sayap. Peranan yang dimainkan oleh Zairo Anuar dan Shahrin di bahagian tengah nyata memberi impak ketika pasukan sedang bertahan sambil menyaksikan Joseph Kalang Tie dan Gustavo Lopez lebih berperanan dalam menjana serangan pasukan Terengganu.

Kecederaan pemain: Game plan pasukan pelawat sedikit terkesan pada malam ini apabila menyaksikan beberapa pemain yang beraksi Sabtu lalu mengalami kecederaan. Norshahrul Idlan Talaha, Zairo Anuar dan Gustavo Lopez terpaska dikeluarkan pada perlawanan itu seterusnya menambah kerisauan kem pasukan Terengganu. Terdahulu, Terengganu kehilangan beberapa tonggak seperti Issey Nakajima, Hairudin Omar, Ismail Faruqi, Amiridzwan Taj, Nordin Alias dan Zubir Azmi yang jelas memberi impak yang besar buat pasukan. Kekosongan yang ditinggalkan beberapa pemain ini bakal digalas oleh beberapa pemain seperti Affizie Faisal, Ashari Samsudin dan Mohd Fakhrurazi.

FB_IMG_1456803540227
Gandingan Pacheco dan Faizal Mat Rani bakal jadi sandaran buat Tok Gajah.

Kesimpulan: Perlawanan ke-empat perlu dijadikan medan terbaik buat pasukan Tok Gajah untuk mencipta 3 mata seterusnya mengelakkan para pemain terus tertekan terperosok di dasar liga. Kehadiran semula Salomon Raj diharap mampu memperkemaskan jentera tengah pasukan. Gandingan Pacheco dan Faizal Mat Rani sekali lagi ditagih untuk meledak seterusnya menghadirkan berita gembira buat penyokong setianya yang terus memberi kepercayaan buat pasukan.

Barisan kemungkinan (Ramalan TGC):

LINEUP111456805810816

Oesandro
[ "There's football adrenaline inside circulatory system of my body hence rush my passion in synthesizing the local football scene" ] -Follow @oesandro25 (Twitter)-

Leave a Reply

Top